Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sokong Kempen Sayangi Sawitku Untuk Kebaikan Semua – Teresa Kok

By 28 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Mohamad Zairin Mohamad Zin (Selangor)

SHAH ALAM, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim menyeru pada masyarakat di Malaysia bahawasanya kita perlu bangkit bersama dalam membantu usaha kerajaan dalam memberi sokongan dan menggerakkan kempen “Sayangi Sawitku”.

“Ini kerana, negara sekarang sedang berdepan dengan sentimen kempen anti minyak sawit yang dibawa oleh negara barat hingga mengancam kehidupan masyarakat,” tegas Teresa.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Program Jom Masak Sempena Kempen Sayangi Sawitku bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Taman Tasik Kota Kemuning pada 23 Jun yang lepas.

? Teresa Kok bergambar bersama peserta Jom Masak Sempena Kempen Sayangi Sawitku DUN Kota Kemuning

Teresa Kok bergambar bersama peserta Jom Masak Sempena Kempen Sayangi Sawitku DUN Kota Kemuning

Tambah beliau lagi, “keadaan ini akan jadi sukar jika rakyat sendiri tidak ada kesedaran untuk pertahankan komoditi sawit negara tetapi terus dipengaruhi oleh sentimen anti sawit negara barat yang menyebut sawit Malaysia tiada khasiat dan mengakibatkan penyahutanan,” ujar Teresa.

Bagi EXCO Pemberdayaan, Pembangunan Sosio Ekonomi, dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau yakin bahawa penduduk di sini kombinasi berbilang kaum ini dapat memberi ruang dan peluang kepada pihaknya untuk perkenalkan kempen ini dan menggerakkan pelbagai bentuk program di DUN ini secara berterusan.

“Melalui kempen sebegini, diharapkan ia dapat memberi penjelasan mengenai kebaikan minyak sawit ini dan meningkatkan jumlah penggunaannya di kalangan penduduk,” ujar beliau.

Kempen Sayangi Sawitku telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad pada 24 Mac lalu yang bertujuan untuk memupuk semangat kecintaan ke atas minyak sawit Malaysia itu sendiri yang memberi tumpuan kepada kepentingan sosio ekonomi dan kesihatan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda