Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

12 Dron Dari Amerika Syarikat Telah Dinilai Dan Disahkan Selamat – Gobind

By 18 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Ihsan Bernama

PUTRAJAYA, 18 Julai (Malaysiaaktif) – Kementerian Pertahanan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telahpun membuat penilaian ke atas 12 buah dron yang diterima daripada Amerika Syarikat dan mengesahkan ianya selamat.

Menteri KKMM Gobind Singh Deo berkata dron yang akan digunakan untuk mengawal dan meninjau keselamatan di kawasan perairan negara juga telah dinilai oleh pelbagai agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan negara selamat dan elak ancaman pengintipan.

“Dron-dron ini telah dilihat di tempat ia disediakan sebelum ia dihantar ke Malaysia, dan selepas peranti itu dihantar ke Malaysia dan beroperasi kelak, ia juga akan dinilai lagi oleh agensi terlibat,” katanya pada sesi soal jawab lisan Dewan Rakyat hari ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda