Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

KKMM Beri Penekanan Aspek Keselamatan Teknologi 5G – Gobind

By 18 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Ihsan Bernama

PUTRAJAYA, 18 Julai (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia memberi penekanan kepada aspek keselamatan dalam mewujudkan ekosistem teknologi generasi kelima (5G). persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata kajian berhubung ujian 5G yang turut merangkumi isu keselamatan sedang dijalankan dan laporannya dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

“Kita akan menyediakan satu laporan dan ini akan merangkumi perkara keselamatan, daripada situ kita akan mengemukakan cadangan untuk polisi-polisi di mana kerajaan akan melaksanakan teknologi baharu ini.

“Satu daripada perkara yang kita lihat juga adalah bagaimana kita boleh memberi penerangan mencukupi kepada masyarakat berkenaan apakah sebenarnya cabaran-cabaran menggunakan teknologi yang baharu ini termasuk perkara-perkara berkenaan keselamatan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petrajaya) mengenai sama ada kerajaan bercadang memberi penerangan kepada rakyat mengenai isu keselamatan dan kesihatan yang mungkin timbul hasil pembangunan infrastruktur teknologi maklumat termasuk menara telekomunikasi.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda