Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

125 Rumah Rosak Dilanda Ribut

By 14 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Sekurang-kurangnya 125 buah rumah rosak akibat dilanda ribut beserta hujan lebat dalam kejadian sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua dan Taman Templer, semalam.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, antara lokasi yang terjejas dalam kejadian itu adalah Kampung Laksamana, Kampung Selayang Baru, India Settlement, Kampung Wira Damai, Kampung Bendahara dan Kampung Nakhoda.

“Tempoh seminggu diperlukan untuk proses dan penilaian kos sebelum kerja pembaikan rumah yang rosak dimulakan.

“Ketika ini tumpuan kerja adalah melibatkan pembersihan pokok tumbang dan disusuli proses pembayaran saguhati dengan nilai maksimum RM500 bergantung kepada tahap kerosakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketik ditemui selepas turun padang meninjau Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Kampung Laksamana, hari ini.

Amirudin (dua dari kiri) menyantuni mangsa ribut yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Laksamana, hari ini.

Amirudin (dua dari kiri) menyantuni mangsa ribut yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Laksamana, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua berkata, daripada jumlah itu hanya dua keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka tidak selamat didiami.

“Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Tua sedang berusaha untuk menyegerakan baik pulih tempat awam seperti sekolah dan dewan masyarakat.

“Ia mengelak gangguan proses persekolahan dan persiapan peperiksaan. Setakat ini dua sekolah dikenal pasti terjejas iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selayang dan Sekolah Kebangsaan Selayang Baru (2) melibatkan bumbung terbang,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda