Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

35,000 Benih Udang Galah Dilepaskan

By 9 Julai 2019Julai 11th, 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Alihanafiah Mohd Khairy/Ahmad Firdaus Mohammad Amin (Teluk Intan)

TELUK INTAN, 9 Jul (Malaysiaaktif) – Berita baik buat penggemar udang galah apabila 35,000 ekor benih udang sungai ini dilepaskan di jeti Dataran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Teluk Intan, pagi tadi.

Menurut Ketua Daerah Perikanan Hilir Perak dan Bagan Datuk Sani Palil, benih-benih udang galah ini mengambil masa dalam empat hingga enam bulan bagi mencapai tempoh matang dan sesuai untuk ditangkap dan dimakan.

“Program Pelepasan Benih Udang Galah ini merupakan program tahunan Jabatan Perikanan Daerah yang sudah tiga kali dijalankan dengan 100,000 benih dilepaskan di Kampung Bahagia, 27 Jun lalu.” jelasnya ketika ditemui.

Sebanyak 35 beg plastik berisi 1000 ekor benih dibekalkan oleh Pusat Pembiakan Udang Galah (PPUG) Jabatan Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan.

“Para pemancing disaran agar tidak menangkap udang galah yang bertelur dan masih tidak mencapai saiz matang bagi memastikan kelastarian populasi haiwan tersebut terjamin,” tambahnya.

Pelepasan tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu, dengan disaksikan Ahli-Ahli Majlis Teluk Intan dan lebih 70 orang ahli-ahli persatuan perikanan sekitar Daerah Hilir Perak.

-SH

Tinggalkan komen anda