Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Ahli MPKK Perlu Main Peranan Sampaikan Maklumat, Dasar Kerajaan

By 29 Julai 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto: Sahiman Rahman/ Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KENINGAU, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memainkan peranan mendapatkan maklumat terkini mengenai dasar-dasar kerajaan seterusnya dikongsi dan disebarkan kepada komuniti masing-masing.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Rasinin Koutis berkata, Pengerusi dan ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) merupakan duta kecil kerajaan di peringkat komuniti yang berperanan membantu menyampaikan maklumat berhubung pelbagai dasar dan inisiatif kerajaan baharu kepada rakyat setempat.

Rasinin ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Rasinin ketika menyampaikan ucapan perasmian.

t, namun ia tidak akan berjaya mencapai objektifnya sekiranya maklumat tersebut tidak sampai kepada rakyat.

“Walaupun media massa dan media sosial ada memaparkan maklumat inisiatif-inisiatif kerajaan seperti i-Suri, i-Saraan, Bantuan Sara Hidup (BSH) dan sebagainya namun ia memerlukan penerangan dan penjelasan yang terperinci agar dapat difahami rakyat.

Slot ceramah dan dialog bersama PDRM.

Slot ceramah dan dialog bersama PDRM.

“Melalui program turun padang atau mengadakan program seperti hari ini (Taklimat Minda) yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan, ini merupakan satu usaha yang sangat baik kerana para peserta yang hadir dapat mengetahui sesuatu maklumat itu secara bersemuka dan terperinci melalui ceramah serta sesi dialog yang diadakan,”ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Liawan berkata, program seumpama ini perlu diteruskan pada masa akan datang dengan penganjuran di peringkat mukim atau kampung kerana bukan semua kawasan di pedalaman mempunyai akses dan kemudahan Internet yang membolehkan mereka mendapat maklumat yang terkini khususnya mengenai inisiatif-inisiatif kerajaan baharu untuk membantu rakyat.

Slot ceramah dan dialog bersama KWSP.

Slot ceramah dan dialog bersama KWSP.

“Ramai antara ahli MPKK yang dilantik sebagai pengerusi perlukan pendedahan, panduan dan maklumat daripada jabatan dan agensi kerajaan agar dapat melaksanakan tanggungjawab dan peranan di peringkat komuniti.

“Saya berharap Pengerusi-Pengerusi MPKK perlu ada inisiatif mengunjungi pejabat atau agensi kerajaan seperti Pejabat Penerangan untuk mendapatkan pelbagai maklumat atau informasi bercetak seterusnya diletakkan di Dewan dan Balai Raya atau tempat-tempat yang sesuai agar penyebaran maklumat lebih cepat dan sampai kepada golongan sasaran.

Rasinin (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada penceramah PDRM disaksikan oleh Wasrin (kiri).

Rasinin (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada penceramah PDRM disaksikan oleh Wasrin (kiri).

“Jabatan Penerangan merupakan antara jabatan kerajaan yang bertanggungjawab memasarkan maklumat mengenai dasar-dasar dan inisiatif kerajaan, walau bagaimanapun peranan itu tidak mungkin dapat dilaksanakan sebaiknya tanpa bantuan dan kerjasama daripada pemimpin peringkat komuniti, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Taklimat Minda anjuran Jabatan Penerangan Sabah yang dihadiri 150 orang peserta terdiri daripada Pengerusi dan Ahli MPKK di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu, DUN Liwan, DUN Bingkor dan DUN Sook di Dewan Masyarakat Keningau pada Sabtu.

Rasinin (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada penceramah AADK disaksikan oleh Wasrin (kiri)

Rasinin (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada penceramah AADK disaksikan oleh Wasrin (kiri)

Antara pengisian program sehari itu ialah taklimat dan dialog oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Hadir sama dalam program tersebut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah, Wasrin Zakaria, Penolong Pegawai Daerah Keningau, Edward Bungsu, Ketua Polis Keningau, DSP Shahrudin Mat Husain, Pegawai AADK Keningau, Azry Gullah dan Pegawai Penerangan Daerah Keningau, Jaafar Matamin.

ER

Tinggalkan komen anda