Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Alat Gas Detector Dibekalkan Kepada Sekolah Terlibat

By 3 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Nabila Bohari (Johor Bahru)

PASIR GUDANG, 2 Julai (Malaysiaaktif) – Insiden gangguan Kesihatan (Sesak Nafas dan Muntah-Muntah) Pelajar Sekolah di Sekitar Pasir Gudang pada hari ini menunjukkan perkembangan positif.

Tiada pesakit dimasukkan ke wad manakala tiga orang mangsa telah dikeluarkan dari wad menjadikan jumlah keseluruhannya adalah seorang sahaja yang masih berada di wad.

Semalam seramai 313 orang mengalami gangguan kesihatan seperti mual, loya, muntah dan sesak nafas. Jumlah ini melibatkan 31 buah sekolah terdiri daripada 22 sekolah rendah dan 9 sekolah menengah di sekitar Pasir Gudang.

Namun begitu, selepas direhatkan seramai 127 orang dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan saringan manakala tiga orang sahaja yang dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar, sesi persekolahan hari ini tetap diteruskan seperti biasa.

Namun, semua sesi pembelajaran dijalankan di aras bawah bangunan sekolah memandangkan semua mangsa yang mengalami simptom berada pada aras 3 dan 4 bangunan sekolah yang terjejas.

Persetujuan bersama dengan pihak industri, sekolah terlibat akan dibekalkan dengan alat Gas Detactor dan sekolah tersebut dijadikan sekolah angkat industri tersebut

Persetujuan bersama dengan pihak industri, sekolah terlibat akan dibekalkan dengan alat Gas Detector dan sekolah tersebut dijadikan sekolah angkat industri tersebut

“Pihak pentadbiran sekolah juga telah diarahkan untuk membuka pintu dan tingkap di aras atas sebagai langkah pengaliran udara.

“Pasukan petugas pemantauan kualiti udara juga masih meneruskan operasi secara serentak di 85 buah sekolah terjejas,” ujar beliau lagi semasa sidang media di Menara Aqabah.

Menurut beliau lagi, sebagai langkah jangka masa panjang bagi menangani insiden ini, setiap sekolah yang terbabit akan dibekalkan alat gas detector oleh pihak industri sebagai langkah awal pengesanan pencemaran udara.

Perkara ini telah dipersetujui semasa sesi town hall bersama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bersama pihak industri semalam dan sekolah yang terlibat turut dijadikan sekolah angkat oleh industri tersebut.

“Sehingga hari ini, 90 premis telah diambil tindakan penjejakan dan disiasat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Angka penyiasatan ini meningkat dari hari sebelumnya yang hanya mencatatkan 72 premis sahaja,” ujar Mohd Khuzzan Abu Bakar bagi menjawab soalan mengenai tindakan susulan kerajaan memastikan keselamatan penduduk terjamin.

-EM

Tinggalkan komen anda