Skip to main content
Berita TempatanHomePahangPutrajaya

Pameran Malaysia Baharu Jelaskan Hasrat Kerajaan Pusat

By 13 Julai 2019Julai 19th, 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Edi Rizam (Putrajaya)

KUANTAN, 13 Julai (Malaysiaaktif) – Pameran Malaysia Baharu dan Pertandingan Pengisahan berunsurkan kenegaraan mampu menjadi medium dalam menyebarkan kefahaman berkaitan sejarah negara dan dasar-dasar yang dilaksanakan Kerajaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata adalah penting bagi setiap kalangan masyarakat memiliki jati diri yang kukuh di samping mempunyai pengetahuan berhubung dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

“Menerusi Pameran Malaysia Baharu yang turut berlangsung disini dapat menjelaskan kepada masyarakat tentang hasrat kerajaan pusat membentuk cara pentadbiran dan pemerintahan negara yang lebih baik menerusi pendekatan malaysia baharu.

Fauziah (kiri) menerima cendera kenangan daripada Datuk Sukari Ab Hamid ketika melawat Pameran Malayisa Baharu

Fuziah (kiri) menerima cendera kenangan daripada Datuk Sukari Ab Hamid ketika melawat agensi-agensi yang menyertai Pameran Malayisa Baharu

“Saya berharap matlamat penganjuran Pameran Malaysia Baharu dan Pertandingan Pengisahan peringkat negeri Pahang akan tercapai seiring dengan hasrat yang dilahirkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita”. katanya dalam ucapan perasmian Program Pameran Malaysia Baharu dan majlis penyampaian hadiah Pertandingan Pengisahan Peringkat Negeri Pahang di sini, hari ini.

Munurut Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Sukari Ab Hamid, Pameran Malaysia Baharu kali ini adalah untuk menyebar luaskan matlamat dan inisiatif Kerajaan kepada masyarakat “inisiatif-inisiatif perlu disampaikan kepada semua lapisan masyarakat dan ini merupakan negeri ke-3 selepas Sabah dan pameran ini akan di perluaskan ke negeri-negeri lain”

MERIAH, orang ramai membanjir perkarangan Berjaya Megamall semasa perasmian program berkenaan

MERIAH, orang ramai membanjir perkarangan Berjaya Megamall semasa perasmian program berkenaan

“kita juga telah pun melangkah ke era baharu dalam penyebaran maklumat kerajaan melalui platform digital terutamanya melalui aset-aset digital Jabatan Penerangan seperti laman Facebook, Twitter dan instagram, agar rakyat sentiasa mendapat maklumat terkini dan sahih mengenai Kerajaan.” tambah beliau.

Pameran Malaysia Baharu dan Pertandingan Pengisahan Kenegaraan merupakan antara program sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dan untuk negeri Pahang telah bermula semalam dan akan berakhir pada malam esok dengan pelbagain agensi di bawah kementerian Komunikasi dan Multimedia malaysia menyertai pameran tersebut, manakala 10 kumpulan dari seluruh Negeri Pahang menyertai Pertandingan Pengisahan Kenegaraan kali ini.

Tinggalkan komen anda