Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Beri OKU Peluang Tonjol Bakat Terpendam

By 15 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Muhd Izzat Azmi (Sik)

SIK, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Golongan kelainan upaya (OKU) wajar diberikan peluang agar dapat menonjolkan kemampuan serta bakat terpendam khususnya dalam bidang yang diminati.

Persatuan Usahawan dan Peniaga Melayu Sik (PUMS) mengambil inisiatif bagi melaksanakan pertandingan nyanyian kepada pelatih-pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Daerah Sik, di sini semalam.

Menurut Penyelia PPDK Jeneri, Mudd Izzat Azmi, penglibatan pelatih-pelatih PPDK di dalam pertandingan ini adalah bagi mencungkil bakat serta potensi sebenar mereka.

“Usaha ini adalah bagi mengikis sifat malu dan menambah keyakinan diri pelatih untuk berdepan dan berinteraksi dengan masyarakat di luar sepertimana rakan sebaya yang lain.

“Memang mereka mempunyai kekurangan dari segi fizikal tapi itu bukan alasan untuk tidak memberi peluang kepada mereka menunjukkan bakat dan potensi yang ada dalam diri mereka,” jelas Izzat yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PUMS itu lagi.

Izzat menambah, menerusi platform ‘Youth Town’, ia juga sebagai pendedahan kepada mereka untuk lebih yakin dan berani apabila bersama masyarakat di luar.

“Kami turut berharap agar dapat menangkis stigma masyarakat terhadap golongan istimewa ini dan agar masyarakat tidak mendiskriminasi dan memberi layanan yang sama kepada golongan OKU,” jelasnya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda