Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kopi Kanchong Darat ke Pasaran Antarabangsa

By 17 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Adilah Abdullah/Nazirah Ripin (Johor Bahru)

SINGAPURA, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Festival Malaysia 2019 yang akan diadakan pada 25 hingga 28 Julai ini di Singapura bakal menjadi platform kepada usahawan Malaysia untuk mempromosi, memperkenal serta menjual produk mereka kepada pengguna di negara tersebut.

Kerajaan Negeri Selangor melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengetengahkan pelbagai keunikan produk Industri Asas Tani (IAT) dari negeri tersebut semasa festival itu nanti.

Menurut pengarah FAMA Ishak Ismail, untuk festival kali ini Kerajaan Negeri Selangor dan FAMA Malaysia menjanjikan lebih banyak produk dan usahawan bagi menyemarakkan lagi program tersebut.

Ishak (dua dari kiri) menunjukkan antara produk-produk dari Malaysia yang akan dijual sempena Malaysia Fest 2019.

Ishak (dua dari kiri) menunjukkan antara produk-produk dari Malaysia yang akan dijual sempena Malaysia Fest 2019.

“Kopi Kanchong Darat (KDC) merupakan signatur yang berasal daripada Selangor, dan mula diperkenalkan pada pavilion Negeri Rumah MAHA 2018,” katanya ketika ditemui sempena Sidang Media Pra Pelancaran Festival Malaysia 2019 di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, di sini semalam.

Menurut Ishak lagi, KDC telah memperkenalkan menu baharu iaitu KDC Durian dan KDC Keledek yang mana produk ini akan menjadi minuman rasmi untuk Pavillion Negeri Selangor bagi festival tersebut nanti.

“Kanchong Darat merupakan salah sebuah mukim yang terletak di pentadbiran Kuala Langat Selangor yang sinonim dengan perusahaan kopi sejak tahun 70-an, dan kami menyasarkan penjualan kopi ini di Festival Malaysia 2019 adalah sebanyak 10,000 botol dapat dijual dalam masa empat hari,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Promosi Tourism Malaysia Edzuar Zar Ayob, berkata expo kali ini menyaksikan FAMA dan Kerajaan Negeri Selangor akan membawakan 80 produk “My Kampung My Future” (MKMF) daripada 16 kampung di seluruh negara.

“Program MKMF merupakan program peringkat nasional yang telah dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 8 April 2019,” katanya.

Turut hadir, Pesuruhanjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Zainol Rahim, Pengarah Urusan MegaXpress International Pte Ltd Singapura Hamzah Abdullah dan Timbalan Pengarah FAMA Negeri Johor Shahrizan Sudiman.

-SH/NI

Tinggalkan komen anda