Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Hayati Rukun Negara – Matbali

By 3 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Juslie Bacle/ Johnny George Kimlon (Kota Kinabalu)

BEAUFORT, 3 Julai (Malaysiaaktif) – Rakyat dan generasi muda disaran menghayati Rukun Negara agar semangat cinta negara dan jati diri terus subur dalam jiwa rakyat Malaysia.

Kumpulan Rumpun Seni ketika buat persembahan pengisahan.

Kumpulan Rumpun Seni ketika buat persembahan pengisahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Matbali Musbah berkata prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara sesuai dengan kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

“Dalam negara yang mempunyai rakyat berbilang agama, kaum, budaya serta kepercayaan, masing-masing mempunyai kehendak berbeza yang boleh mewujudkan konflik.

Matbali (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang pidato.

Matbali (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang pidato.

“Justeru, penghayatan prinsip yang telah digariskan perlu untuk mengelakkan pertembungan tuntutan kepentingan kaum terus berlaku.

“Amat penting bagi Rukun Negara dijunjung dan diangkat sebagai panduan terbaik dalam membina dan mengekalkan sebuah masyarakat harmoni dan terbilang,” katanya ketika merasmikan Pertandingan Pidato dan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Zon Pedalaman Bawah, Jabatan Penerangan Beaufort, pada Rabu.

Zulhanin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Matbali (tengah).

Zulhanin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Matbali (tengah).

Mengulas mengenai penularan berita palsu, beliau berpesan agar generasi muda dan orang ramai peka akan akibat penyebaran berita palsu di media sosial.

“Dalam perkembangan era globalisasi, fitnah dan berita tidak sahih kian berleluasa di media sosial. Oleh itu generasi muda dan orang ramai perlu berhati-hati dan bertanggungjawab sebelum menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti,” kongsinya.

Matbali (lima dari kanan) merakamkan gambar bersama para peserta pertandingan.

Matbali (lima dari kanan) merakamkan gambar bersama para peserta pertandingan.

Pada pertandingan tersebut Johan Pidato, Nur [email protected] Voi Lioang Ali dan pemenang Pengisahan Kenegaraan, kumpulan Rumpun Seni akan mewakili Daerah Beaufort ke pertandingan peringkat negeri di Kota Kinabalu pada 6 hingga 7 Julai ini.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI) mewakili Pengarah Penerangan Sabah, Zulhanin Hasni; Pengarah Hospital Beaufort, Dr Sutharsan A/L Kannan.

-EM

Tinggalkan komen anda