Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelakaNegeri Sembilan

Jemaah Haji Dirai

By 4 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau) / Noraidah Mat Seh (Jasin)

REMBAU, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji Daerah Rembau telah diadakan baru-baru ini di Balai Lela Sedia, kediaman rasmi YTM Dato Undang Luak Rembau. Dato Undang Luak Rembau, Dato’ Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman bersama YAM Tok Puan Rembau Hjh Ramalah Yunus telah berangkat hadir dan merasmikan majlis.

Seramai 106 orang bakal haji dari Rembau telah terpilih untuk menunaikan Ibadah Haji bagi tahun 1440H /2019M.

Dalam ucapannya, Dato Undang sempat berpesan agar semua Jemaah haji menjaga kesihatan serta mencapai haji yang mabrur.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato Zulkefly Mohamad Omar, Pegawai Daerah Rembau, Pengerusi Tabung Haji Daerah Rembau, Pegawai Jabatan Agama Islam Daerah Rembau dan juga Dato-Dato Adat Rembau.

Antara tetamu yang hadir.

Antara tetamu yang hadir.

Sementara itu di Melaka, seramai 46 bakal haji turut diraikan di Kompleks Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Merlimau pada 2 Julai 2019.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Yuhaizad Abdullah berkata sebahagian besar urusan perkhidmatan haji di Tanah Suci bukan di bawah bidang kuasa Tabung Haji mahupun Kerajaan Malaysia. Banyak undang-undang dan adat resam negara tersebut yang perlu dipatuhi atau difahami jemaah.

“Di sana bakal jemaah akan merasai cabaran ibadat haji yang sebenar-benarnya dan jutaan umat Islam dari seluruh dunia akan berada di tempat yahg sama.

“Peluang ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji yang diperolehi sekali dalam seumur hidup, haji adalah perjalanan rohani yang memerlukan kekuatan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan tentang ibadat haji yang jelas.

“Selain itu, jemaah haji perlu menjaga kesihatan bermula dari sekarang, lakukan senaman ringan, dapatkan rehat yang secukupnya dan ikutlah nasihat doktor dalam penjagaan kesihatan termasuk makan ubat agar kekal sihat sebelum berlepas ke Tanah Suci,”ujarnya.

Yuhaizad Abdullah bersama bakal jemaah haji DUN Merlimau.

Yuhaizad Abdullah bersama bakal jemaah haji DUN Merlimau.

-KN

Tinggalkan komen anda