Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Syawal Eratkan Hubungan Agensi

By 4 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL, 4 Jul (Malaysiaaktif) ā€“ Hampir keseluruhan penjawat awam yang berada di daerah ini menghadiri majlis Jamuan Hari Raya Bersepadu Agensi Pentadbiran Daerah Jempol yang diadakan di Dewan Besar Pejabat Daerah Jempol semalam. Sebanyak 27 agensi kerajaanĀ  persekutuan dan kerajaan negeri menyertai dan menyediakan juadah Hari Raya mengikut kemampuan masing-masing.

ā€œSaya sebagai Ketua Pentadbir Daerah Jempol mengalu-alukan kerjasama seperti iniĀ  kerana dapat menjalinkanĀ  hubungan yang sangat baik antara kakitanganĀ  kerajaan yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan yang ada di daerah ini serta dapat merapatkan hubungan ukhwah sesama kita,ā€ kata Pegawai Daerah Jempol, Mas Midyawan Yahya.

Norhazsuwanida Abd Aziz dan Mohd Haniff Jaafar, pemenang dalam kategori Pakaian Hari Raya yang menarik.

Norhazsuwanida Abd Aziz dan Mohd Haniff Jaafar, pemenang dalam kategori Pakaian Hari Raya yang menarik.

ā€œSambutan kali ini amat meriah jika dibandingkan tahun-tahun sebelum ini kerana penyertaan agensi kerajaan amat menggalakkan dan pertandingan hiasan gerai yang tercantik dan kreatif serta pakaian Hari Raya yang menarik bagi individu lelaki dan perempuan turut diadakan,ā€ ujar Pegawai Belia dan Sukan, Siti Norwinah Nawawi yang menyajikan juadah ā€˜Nasi Korekā€™ dari Pejabat Belia Sukan Daerah Jempol.

Pejabat Penerangan Daerah Jempol juga turut serta menyediakan Juadah Putu Mayam dan Santan Durian yang sangat enak dan habis dalam masa sejam.

ā€œApa yang penting dalam program ini adalah nilai kebersamaan dan kesepakatan antara agensi. Kami setiap agensiĀ teruja untuk menyediakan juadah mengikut kemampuan masing-masing dan peluang ini juga diambil untuk kami berkenalanĀ antara agensi,ā€ kata Pegawai Penerangan Daerah Jempol, Siti Noorezrin Mahmod.

Gerai JKR yang dinobatkan sebagai Johan.

Gerai JKR yang dinobatkan sebagai Johan.

Jabatan Kerja Raya dinobatkan sebagai Gerai Tercantik dan Kreatif manakala Jabatan Perpaduan Daerah Jempol menjadi Naib Johan.

Sementara itu, Norhazsuwanida Abd Aziz dari Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Mohd Haniff Jaafar, kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat dipilih sebagai pemenang dalam kategori Pakaian Hari Raya yang menarik bagi kategori lelaki dan wanita. Hadiah dan hamper adalah sumbangan daripada Penyelaras-Penyelaras DUN dalam daerah Jempol.

-KN

Tinggalkan komen anda