Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Kerajaan, Penjawat Awam Realisasikan Malaysia Negara Bebas Rasuah

By 24 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhayani Hashim (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah Ammar Shaikh Mahmood Naim mengingatkan semua agensi kerajaan di negeri ini agar melaksanakan pentadbiran yang bersih, telus, efektif dan terbuka.

“Kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) telah meluluskan tiga polisi iaitu Polisi Antirasuah, Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat dan Polisi Pemberian dan Penerimaan Hadiah.

“Antara polisi antirasuah adalah memastikan segala ruang dan peluang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dapat ditangani dengan cekap serta berkesan, selain komitmen berterusan badan pengurusan dalam memastikan prosedur pencegahan, pemantauan dan tindakan diambil bagi salahlaku rasuah juga penyelewengan,” katanya dalam program bicara eksekutif bersama-sama penjawat awam di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani, di sini semalam.

Menurut Ammar, Pengwujudan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) di setiap peringkat kementerian, jabatan, agensi dan organisasi masing-masing bertujuan memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

“Pelan ini merangkumi aspek governans, integriti dan antirasuah dengan bantuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Institut Integriti Malaysia. Penjawat awam tidak dibenarkan menerima sebarang bentuk sumbangan termasuk hadiah daripada orang awam ataupun syarikat swasta,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda