Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

KPLB Tumpu Pembangunan 7 Jajahan di Kelantan – Sivarasa

By 15 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan /Foto : Saufi Ab. Ghani (Kelantan)

BACHOK, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Luar Bandar, Sivarasa K.Rasiah yang mengadakan lawatan kerja selama 4 hari di Kelantan turut menyampaikan ucapan di Program Ministerial Talk Series bersama 100 mahasiswa UMK di Bilik Seminar Bangunan Canselori UMK Bachok.

Lawatan kerja empat hari di Kelantan kali ini, beliau meninjau dan akan mengenal pasti potensi pembangunan yang boleh di bawa bagi meningkatkan pembangunan luar bandar yang bersesuaian dengan kawasan setempat.

“Luar bandar yang mempunyai kawasan lebih luas berbanding kawasan bandar, lebih mudah dibangunkan,” ujar beliau.

Dalam ucapan selanjutnya, tambah beliau keadaan sekarang sudah berubah kerana 40 tahun lepas penduduk lebih ramai di luar bandar, namun sekarang sudah terbalik, bandar mempunyai majoriti penduduk dan luar bandar adalah minoriti.

“Daripada 28 daerah atau jajahan miskin di seluruh negara, tujuh daripadanya adalah di Kelantan iaitu Jeli, Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Bachok.

“Kita akan beri tumpuan bagi mengkaji dan meneliti strategi terbaik untuk membangunkan atau meningkatkan kemajuan kawasan-kawasan luar bandar ini,” tegasnya lagi..

Sebelum sesi Ministerial Talk Series, Sivarasa mendengar taklimat daripada Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (INSPEK) di Bilik Mesyuarat INSPEK UMK hampir dua jam.

Hadir sama dalam Program Ministerial Talk Series, Naib Censelor UMK, Prof.Ts.Dr.Noor Azizi Ismail serta ketua-ketua jabatan Kerajaan yang berkaitan.

-NAZ

Tinggalkan komen anda