Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Menteri Pertahanan Turun Padang Dekati Rakyat

By 15 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/Foto: Mohd Hussin Abdullah (Tumpat)

TUMPAT, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Sokongan rakyat amat penting dalam membantu Kerajaan PH memulihkan ekonomi negara dan mencapai Gagasan Kemakmuran Bersama, tegas Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu semasa Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Kompleks Perpaduan Terbak, Tumpat pagi semalam.

“Turun padang dan mendekati rakyat adalah salah satu platform penting kepada pemimpin bagi mendapatkan maklum balas masyarakat akar umbi,” ujar beliau semasa ucapan perasmian.

Ini merupakan kunjungan pertama Mohamad Sabu ke Tumpat setelah lebih setahun dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

“Program sebegini dapat merapatkan pemimpin dengan masyarakat dan meraihkan sokongan rakyat untuk sama-sama membantu Kerajaan PH memulihkan ekonomi negara,” tambahnya.

Mohamad Sabu beramah mesra bersama kepimpinan PH Kelantan dan masyarakat Tumpat

Mohamad Sabu beramah mesra bersama kepimpinan PH Kelantan dan masyarakat Tumpat

Mohamad Sabu menyeru agar masyarakat memberi sokongan yang padu kepada kerajaan sekarang dalam membangunkan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

“Sokongan berterusan ini penting bagi memastikan setiap rancangan pembangunan dapat terus dilaksanakan di Kelantan,” jelasnya lagi.

Masyarakat kawasan luar bandar tidak harus merasa terpinggir kerana Kerajaan PH sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup mereka melalui inisiatif-inisiatif baharu yang diperkenalkan dari semasa ke semasa.

Pelbagai inisiatif kerajaan disediakan untuk rakyat seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Skim Peduli Kesihatan B40 (PEKA B40), i–SURI KWSP serta lainnya.

Turut hadir Pengerusi PH Tumpat, Wan Johari Wan Omar bersama 400 orang terdiri daripada pemimpin masyarakat setempat dan badan NGO.

-NAZ

Tinggalkan komen anda