Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Maqasid Syariah Mekanisme Bina Kesejahteraan Rakyat

By 15 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Alor Setar)

ALOR SETAR, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Dalam pentadbiran kerajaan, beberapa pendekatan telah digerakkan iaitu menjadikan ‘Maqasid Syariah’ sebagai salah satu mekanisme untuk membina semula kesejahteraan rakyat dan memantapkan lagi pembangunan dan pentadbiran negeri.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Maqasid Syariah amat berkait rapat dengan agenda pembangunan yang mampan pada peringkat antarabangsa, iaitu Sustainable Development Goals (SDGs) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang merangkumi 17 Matlamat yang menyasarkan kesejahteraan dunia tahun 2030.

“Bagi saya apa yang kerajaan sedang dilaksanakan ini sangat bersesuaian dengan nilai atau fitrah semua manusia tanpa mengira agama dan bangsa atau negara.

“Maqasid Syariah bukan hanya untuk orang islam sahaja, tetapi untuk seluruh manusia termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan dan dunia sejagat,” katanya yang merasmikan program Bicara Eksekutif Maqasid Syariah Peringkat Negeri Kedah, di sini hari ini.

Mukhriz ketika berucap merasmikan Program Bicara Eksekutif Maqasid Syariah, di sini siang tadi.

Mukhriz ketika berucap merasmikan Program Bicara Eksekutif Maqasid Syariah, di sini siang tadi.

Menurut Mukhriz, mesej dan pendekatan Maqasid Syariah yang diintegrasikan dengan SDGs oleh PBB dilihat amat sesuai dengan apa yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri.

“Dalam menjadikan Kedah sebagai Bandaraya Pelancongan, Perubatan dan HUB Kargo Udara, Maqasid Syariah merangkumi nilai dalam menjaga agama, nyawa, akal, keturunan, harta negeri dan rakyat negeri ini.

“Kedah telah menjalankan beberapa program termasuk beberapa inisiatif baharu untuk memastikan rakyat hidup dengan sejahtera dan kebajikan mereka terpelihara,” katanya lagi.

Dalam Pembentangan Bajet Negeri Kedah 2019, penerapan prinsip Maqasid Syariah menerusi keadilan sosial, kesejahteraan rakyat, pendidikan dan pembangunan yang seimbang menjadi salah satu tunjang utama yang diterapkan Kerajaan Negeri.

-SH

Tinggalkan komen anda