Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

MSPO Tingkatkan Daya Saing, Kukuhkan Imej Industri Sawit

By 31 Julai 2019Tiada komen3 minit bacaan

Laporan/foto : Musliha Yusof /Gunasegaran Tandavan (Kluang)/MPOB 

KLUANG, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Pengusaha kelapa sawit di sini telah didedahkan dengan Pensijilan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MSPO) bagi memperluaskan lagi pasaran sawit keluar negara.

Menteri Industri Utama Teresa Kok telah menyampaikan taklimat MSPO kepada 500 orang penanam sawit di negeri Johor semasa berlangsungnya Mini Konvensyen Projek Pertanian Moden, Ayer Hitam pada 27 Julai yang lepas dan agensi yang turut terlibat dalam taklimat ini adalah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPOCC).

“Kerajaan sentiasa memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan industri sawit terutamanya memperkasakan pembangunan pekebun kecil bagi meningkatkan lagi hasil pengeluaran dan seterusnya pendapatan mereka,” ujarnya semasa memberi taklimat MSPO di Ayer Hitam, disini.

Teresa Kok memaklumkan bahawa keluasan pekebun kecil persendirian yang mendapat pensijilan MSPO masih di tahap yang rendah.

Teresa Kok memaklumkan bahawa keluasan pekebun kecil persendirian yang mendapat pensijilan MSPO masih di tahap yang rendah.

Tambah beliau, matlamat ini hanya dapat dicapai melalui penyertaan aktif para pekebun kecil dalam melaksanakan amalan pertanian baik melalui pensijilan minyak sawit mampan Malaysia atau Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO).

“Pelaksanaan skim pensijilan MSPO adalah langkah strategik bagi meningkatkan daya saing dan memperkukuhkan lagi imej industri sawit serta negara-negara pengimport dan pengguna di seluruh dunia yang semakin memberi tumpuan kepada produk pertanian yang dihasilkan melalui pengeluaran mampan dan selamat untuk pemakanan kepada semua populasi.”

“Usaha sedang dipergiatkan oleh MPOB bagi meningkatkan penyertaan pekebun kecil persendirian bagi melaksanakan amalan pertanian yang baik bagi pensijilan MSPO kebun sawit secara berkelompok yang mana akan menjamin peningkatan produktiviti dan kualiti hasil buah sawit bagi menyumbang kepada peningkatan pendapatan mereka,” katanya.

Penanam sawit yang hadir mendengarkan Taklimat MSPO Penanam Sawit Johor yang disampaikan oleh Menteri Industri Utama.

Penanam sawit yang hadir mendengarkan Taklimat MSPO Penanam Sawit Johor yang disampaikan oleh Menteri Industri Utama.

Teresa juga memaklumkan bahawa keluasan pekebun kecil persendirian yang mendapat pensijilan MSPO di negeri Johor masih di tahap sangat rendah iaitu seluas 6,258 hektar atau 2.9% daripada keseluruhan tanaman sawit pekebun kecil pensendirian di sini.

Namun beliau yakin dengan penglibatan semua pihak terutama para pekebun kecil dan pengusaha sawit dalam memanfaatkan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan kesediaan melaksanakan penanaman sawit secara mampan yang akan memberi pulangan hasil dan pendapatan yang lumayan kepada pengusaha sawit.

“Kerajaan amat prihatin terhadap kos yang ditanggung oleh pekebun kecil bagi membiayai pelaksanaan pensijilan MSPO dan dalam hal ini, Kerajaan telah menyediakan insentif bagi bantuan kepada pekebun kecil melaksanakan pensijilan MSPO yang merangkumi kos yuran pensijilan MSPO, latihan berkaitan MSPO, penyediaan rak penyimpanan bahan kimia dan peralatan perlindungan diri .”

“Usaha kerajaan dalam menstabilkan harga sawit sentiasa diperhalusi dan keutamaan dalam membantu para pekebun kecil yang terjejas dari segi pendapatan akibat kejatuhan harga sawit sentiasa ditambahbaik dengan memperluaskan pasaran minyak sawit serta meneroka pasaran baharu yang meliputi negara Afrika dan rantau Asia Tenggara selain menmperkukuhkan pasaran sedia ada seperti di Republik Rakyat China, Negara Kesatuan Eropah, India dan Pakistan,” katanya lagi.

Di samping itu, kerajaan juga telah melancarkan kempen ‘Sayangi Sawitku’ bagi memupuk kecintaan dan kebanggaan rakyat kepada industri sawit serta memperluaskan penggunaan produk sawit untuk sektor makanan dan bukan makanan.

“Minyak sawit terbukti berkhasiat dan menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia bagi penyediaan makanan dan hasil penyelidikan MPOB serta kajian oleh pakar pemakanan di luar negara telah membuktikan khasiat minyak sawit kepada kesihatan manusia.”

“Penduduk tempatan juga perlu dididik dengan maklumat yang betul dan tepat mengenai industri minyak sawit seperti ia memberikan pulangan tertinggi seekar atau hampir lima kali lebih banyak berbanding minyak lain dan kos pengeluaran minyak sawit juga adalah lebih murah berbanding mana-mana minyak daripada tanaman lain,” ujarnya lagi.

-NI-

Tinggalkan komen anda