Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pejabat Penerangan Daerah Rembau Sebagai Hub Bersepadu

By 9 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau) 

REMBAU, 9 Jul (Malaysiaaktif) – Pusat Maklumat Rakyat atau PMR yang terletak di setiap Pejabat Penerangan Daerah berfungsi sebagai tempat rujukan orang awam, pelajar, pertubuhan NGO (Non-Government Organisation), pihak swasta dan juga dari agensi-agensi sektor kerajaan untuk mendapatkan maklumat, risalah, poster berkaitan dasar kerajaan masa kini.

Terdapat banyak bahan penerbitan mengenai dasar-dasar kerajaaan, penjelasan mengenai isu-isu semasa nasional dan koleksi penerbitan khas seperti biodata Raja-Raja Melayu, Biodata Perdana Menteri Malaysia, Koleksi Sambutan Hari Kemerdekaan yang hanya terdapat di PMR Jabatan Penerangan Malaysia.

Peserta membuat kuih boko.

Peserta membuat kuih boko.

“Pejabat Penerangan Daerah Rembau juga berfungsi sebagai hub bersepadu untuk mengadakan kursus-kursus tertentu yang melibatkan anggota masyarakat juga kakitangan kerajaan setempat,” kata Pegawai Penerangan Daerah Rembau, Malini Yunus.

Pejabat Penerangan Daerah Rembau berkerjasama dengan pelbagai lapisan masyarakat dalam aktiviti di PMR ini, bukan sahaja sekadar untuk mendapat maklumat dasar kerajaan, risalah, poster Perdana Menteri, Yang di Pertuan Agung malah risalah-risalah seperti statut Rome, Fakta Penting Tabung Haji dan Belanjawan 2019 juga boleh didapati di sini.

“Pada hari ini sempena Majlis Pengimarahan Pusat Maklumat Rakyat Pejabat Penerangan Daerah Rembau kami mengadakan Bengkel Juruacara Majlis kepada kakitangan kerajaan di Rembau,” tambah Malini.

Peserta Bengkel Juruacara Majlis telah dibimbing oleh Encik Yusof Othman dan Encik Ramadan Abdul Rahim, tenaga pakar dalam bidang juruacara majlis dari Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan. Peserta bengkel diajar cara dan gaya bahasa, intonasi bahasa, gerak badan, skrip juruacara dan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa menjadi pengacara majlis rasmi.

Selain itu juga diadakan bengkel membuat kuih ‘boko’ oleh tenaga pengajar dari Pejabat KEMAS Rembau kepada para peserta yang terdiri dari suri rumah sekitar daerah Rembau. Peserta ditunjukan cara membuat serta resepi kuih boko secara mendalam agar selepas bengkel ini mereka akan mampu membuatnya sendiri di rumah.

Bengkel Juruacara Majlis.

Bengkel Juruacara Majlis.

“Jabatan Penerangan Malaysia mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang Juruacara Majlis serta penggunaan sistem audio kerana program-program rasmi di negeri ini menggunakan khidmat juruacara rasmi dan peralatan sistem audio Jabatan Penerangan,” ujar Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan, Sabarudin Yeop Hamza dalam ucapan penutup  Bengkel Pengacaran Majlis di Pejabat Penerangan Daerah Rembau yang diadakan semalam.

-KN

Tinggalkan komen anda