Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Penduduk Sungai Nibong Batu Pahat Teruja Menyambut Ketibaan DYMM Sultan Johor

By 21 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam, Mazlin Basir/Mohd Famir Roheni, Khirul Nizam Zanil (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Lebih seribu orang menyambut keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama rombongan ke Pusat Latihan Markisa, Kampung Sungai Nibong, Semerah yang merupakan destinasi seterusnya Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019.

Deruan bunyi enjin motosikal berkuasa tinggi yang tiba dilaman Pusat Latihan Markisa disahut gembira oleh rakyat jelata yang menunjukkan taat setia kepada keluarga Diraja Johor.

Penduduk Sungai Nibong Batu Pahat teruja menyambut ketibaan DYMM Sultan Johor

Penduduk Sungai Nibong Batu Pahat teruja menyambut ketibaan DYMM Sultan Johor

Baginda Sultan Johor kemudian berkenan melawat perusahaan mi siput, kek buah kukus, tanaman lada hitam dan tanaman roselle yang diusahakan oleh penduduk tempatan.

Md Naim Md Jani, 72, yang telah 16 tahun bergiat dalam anyaman kuda kepang berasa sangat bertuah apabila terpilih untuk membuka pameran dan beliau amat berbesar hati di atas kesudian Pemaisuri Johor melawat dan melihat hasil seninya.

“Saya berharap pihak kerajaan dapat membantu mengekalkan tradisi seni anyaman kuda kepang ini agar ia tidak hilang ditelan zaman,” ujarnya.

DYMM Sultan Johor berkenan mencuba sendiri mencetak mee siput sempena lawatannya di Kampung Sungai Nibong.

DYMM Sultan Johor berkenan mencuba sendiri mencetak mee siput sempena lawatannya di Kampung Sungai Nibong.

Sementara itu, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Jamiah Sidek, 64, yang terlantar sakit akibat jangkitan kuman di kaki.

Usai lawatan tersebut, baginda Permaisuri berkenan beramah mesra bersama rakyat dan melawat ke tapak pameran pembuatan seni kraf lukisan batik, pembuatan kentong, bunga goyang (pahar), ukiran kayu pemanis rumah dan seni anyaman kuda kepang.

Baginda turut menerima persembahan cenderamata bunga goyang dari Majlis Daerah Batu Pahat.

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan beramah mesra bersama rakyat dan melawat tapak pameran ukiran kayu pemanis rumah.

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan beramah mesra bersama rakyat dan melawat tapak pameran ukiran kayu pemanis rumah.

Keakraban keluarga Diraja Johor dan rakyat jelata juga jelas kelihatan apabila anakanda-anakanda Putera DYMM Sultan Johor turut sama bermain permainan rakyat antaranya permainan capteh dan tangkap ayam.

Dalam siri jelajah Kembara Mahkota Johor kali ini, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Ibni Sultan Ibrahim dan Datuk Dennis Muhammad Abdullah turut berkenan menyampaikan bantuan enjin bot serta bantuan kepada 20 orang asnaf di kawasan Semerah.

Gelagat Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar mencuit hati orang ramai dalam acara sukan rakyat.

Gelagat Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar mencuit hati orang ramai dalam acara sukan rakyat.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani, Exco-Exco Negeri Johor, Pegawai Daerah Batu Pahat Zulkiflee Abbas, Ketua- Ketua Jabatan, Penghulu-Penghulu Daerah Batu Pahat, dan ketua-ketua kampung.

-NI-

Tinggalkan komen anda