Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Eksesais CaREx Bukti Kemampuan PKAT Hadapi Bencana

By 21 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: S.Shalene (Barat Daya)

BAYAN LEPAS, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) telah melaksanakan Eksesais Capability And Readiness (CaREx) Chemical, Biological, Radiological and Nuclear (CBRN) Siri 1/2019 diadakan untuk membuktikan kemampuan bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

Eksesais yang berlangsung di Kem Sg. Ara, Pulau Pinang ini turut dihadiri Asisten Ketua Staf Bahagian Operasi dan Latihan (BOLP), Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

Menurut Tengku Muhammad, eksesais yang dilaksanakan ini merupakan inisiatif PKAT dan Tentera Darat bagi meningkatkan kompetensi pegawai dan anggota PKAT dalam menghadapi situasi ancaman dan bencana CBRN.

Taklimat ringkas Eksesais Capability And Readiness (CaREx) sebelum perasmian.

Taklimat ringkas Eksesais Capability And Readiness (CaREx) sebelum perasmian.

“Eksesais yang dilaksanakan ini bertujuan memberi pendedahan pengurusan dan pengendalian ancaman CBRN ATM kepada 41 orang peserta agensi awam yang akan menghadiri Asia Pacific Conference on Public Health anjuran bersama College of Public Health Medicine, Academy of Medicine of Malaysia dan BPK pada 22 Julai 2019.

“Kerjasama ini juga dapat mengukuhkan keupayaan kesiangan pasukan CBRN PKAT, 12 Skuadron RAJD (CBRNe) dan agensi awan yang terlibat untuk menangani sebarang ancaman dan bencana CBRN di dalam negara,” katanya ketika ditemui sempena eksesais tersebut, di sini hari ini.

Menurut Tengku Muhammad, pameran serta demonstrasi peletupan makmal dan penyelamatan telah diadakan untuk membuktikan bahawa anggota tentera telah bersiap sedia sekiranya sebarang situasi berlaku.

Pameran Detection And Decontamination Systems turut diadakan sempena eksesais ini.

Pameran Detection And Decontamination Systems turut diadakan sempena eksesais ini.

“Eksesais yang berkonsepkan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) ini berdasarkan bencana tsunami yang melanda kawasan perindustrian, Utara Semenanjung Malaysia.

“National Disaster Management Agency (NADMA) telah mengaktifkan pelan bencana dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberikan tanggungjawab untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pencemaran kimia terutama di kawasan perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang,” katanya lagi.

Eksesais ini melibatkan seramai 18 pegawai dan 69 lain-lain pangkat dari pasukan CBRN Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) dan 12 Skuadron RAJD (CBRNe).

-SH

Tinggalkan komen anda