Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPutrajaya

Peminjam PTPTN Dalam Senarai CCRIS Kini Boleh Beli Rumah Pertama

By 11 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Ihsan Bernama

PUTRAJAYA, 11 Julai (Malaysiaaktif) – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) akan boleh beli rumah pertama, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan, Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata inisiatif tersebut bagi melayakkan golongan muda memiliki rumah sendiri dan ia membabitkan pembelian semua jenis perumahan dan bukannya di bawah kementeriannya sahaja.

Menurutnya, inisiatif ini akan dilancarkan bersama skim lain untuk perumahan belia pada 18 Okt depan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.

“Hanya untuk membeli rumah sahaja mereka akan dikeluarkan daripada senarai CCRIS,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang media mengenai persidangan hartanah Hi HOME, di sini ,hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman serta Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hartanahbumi dotCom Sdn Bhd., Radzi Tajuddin.

Dalam pada itu , Zuraida berkata 30 peratus daripada 10,000 unit rumah mampu milik yang akan dibangunkan di Bandar Malaysia akan diperuntukan kepada golongan belia.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Syed Saddiq berkata ia antara inisiatif kerajaan dalam membantu golongan muda untuk memiliki rumah di kawasan strategik.

“Ia penting kerana di Bandar Malaysia yang merupakan salah satu projek yang begitu strategik akan ada 3,000 unit khas khusus bagi anak muda,” katanya.

Sementara itu, Radzi berkata persidangan Hi HOME akan diadakan pada 25 Julai di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) serta serentak dengan itu bakal melancarkan Ekspo Hartanah dalam talian di http://www.hihomes.my/ selama tiga bulan dan akan berakhir pada 31 Okt depan.

“Sebanyak 100 projek perumahan di seluruh negara dengan 50 peratus daripadanya adalah projek rumah mampu milik bakal ditawarkan melalui ekspo dalam talian itu,” katanya yang menganggarkan nilai keseluruhan stok hartanah kediaman dijual bernilai RM3.4 billion.

– BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda