Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pupuk Nilai Murni Melalui Gotong-Royong

By 19 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhayani Hashim (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 19 Jul (Malaysiaktif) – Seramai 100 orang terdiri daripada para pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bedong menyertai program gotong-royong di Rumah Seri Kenangan dalam Program Wacana Kemerdekaan Kelab Malaysiaku SMK Bedong, di sini semalam.

Guru Penolong Kanan SMK Bedong Rani Hassan, berkata program tersebut diadakan bagi memberikan kesedaran kepada para pelajar supaya sentiasa membantu golongan yang memerlukan terutamanya warga emas.

“Ianya bertujuan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar agar menyayangi warga tua dan tidak mengabaikan golongan tersebut.

“Selain gotong-royong membersihkan kawasan pusat jagaan para pelajar turut memberikan khidmat memotong rambut serta kuku para penghuni,” katanya ketika ditemui pemberita.

Seluruh kawasan pusat jagaan turut dihias dengan Jalur Gemilang oleh para peserta, dan pihak sekolah turut menyumbangkan sebuah mesin basuh dan cenderahati kepada setiap penghuni hasil kutipan derma orang ramai.

-SH

Tinggalkan komen anda