Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pusat Maklumat Rakyat Rujukan Masyarakat Setempat

By 4 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ariza Mohamed Zaki (Seberang Prai Utara)

KEPALA BATAS, 4 Julai (Malaysiaaktif) – Pusat Maklumat Rakyat atau dikenali dengan singkatan ‘PMR’ merupakan sebuah bilik data maklumat yang terdapat di semua pejabat Jabatan Penerangan Malaysia yang berfungsi sebagai tempat rujukkan orang awam, golongan para pelajar, pertubuhan NGO,sektor swasta dan juga dari agensi-agensi sektor kerajaan. Terdapat banyak bahan penerbitan mengenai dasar-dasar kerajaaan, penjelasan mengenai isu-isu semasa nasional dan koleksi penerbitan khas seperti biodata Raja-Raja di Malaysia, Biodata Perdana Menteri Malaysia, Koleksi Sambutan Hari Kemerdekaan yang hanya terdapat di PMR Jabatan Penerangan Malaysia.

Usaha untuk menjadikan PMR sebagai penanda aras dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat, pertandingan ‘PMR Champion’ diadakan yang bertujuan untuk mengenal pasti kaedah yang terbaik dan efisien dalam menarik minat masyarakat untuk berkunjung ke PMR. Sebanyak 19 daripada 143 buah PMR  seluruh negara termasuk dari Sarawak dan Sabah telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Penilaian berdasarkan kepada 3 perkara iaitu perkhidmatan diluar ekspektasi pelanggan, Innovasi dan Transformasi PMR dan ‘Wow Factor” dan Penilaian PMR Champion seluruh negara akan berakhir pada 12 Julai.

PMR komited dalam menyalurkan, menyampaikan serta memasarkan maklumat kerajaan kepada masyarakat melalui program berbentuk ‘out reach’ seperti PMR Mobile supaya pelbagai informasi jabatan dapat disampaikan dengan kesuaian perkembangan teknologi terkini dan semasa.

Tinggalkan komen anda