Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Johor Bersedia Perangi Penyalahgunaan Dadah Besar-besaran

By 4 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 4 Julai (Malaysiaaktif) – Sebanyak 28 buah jabatan dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam Kolaborasi Projek Rintis Menangani Penagihan Dadah, Bahan dan Pelencongan Sosial Remaja di bawah Dasar Dadah Negara (DDN).

Menurut Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, beliau telah bersetuju untuk memilih dua lokasi di Perling, Skudai dan Parit Sulong, Batu Pahat untuk dijadikan projek rintis di peringkat negeri Johor.

“Projek rintis ini akan melihat gabungan semua agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang ada kaitan dengan masalah sosial dan masalah dadah.

“Saya berharap dengan pelaksanaan projek rintis yang turut melibatkan 12 kawasan di seluruh negara ini dapat membangunkan sebuah modul baharu dengan tindakan yang lebih berkesan untuk menangani masalah penagihan dadah seluruh negara,” katanya.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, yakin menerusi tindakan bersepadu ini impaknya akan mejadi lebih besar lagi berbanding tindakan-tindakan menangani penagihan dadah secara berasingan.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, yakin menerusi tindakan bersepadu ini impaknya akan mejadi lebih besar lagi berbanding tindakan-tindakan menangani penagihan dadah secara berasingan.

Beliau juga memaklumkan, projek rintis ini akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan sebelum disemak keberkesanan pelaksanaannya pada hujung tahun ini untuk dijadikan modul pelaksanaan Pelan Tindakan Antidadah 2021 Hingga 2025.

“AADK juga mengharapkan melalui projek rintis ini dapat meminimakan jumlah penagih-penagih baharu dan penagih-penagih berulang.

“Saya yakin menerusi tindakan bersepadu ini impaknya akan mejadi lebih besar lagi berbanding tindakan-tindakan menangani penagihan dadah secara berasingan,” ujar beliau lagi.

Terdahulu, Zulkifli mempengerusikan Mesyuarat Kolaborasi Projek Rintis Menangani Masalah Penagihan Dadah, Bahan Dan Pelencongan Sosial Remaja Bersama Kementerian, Jabatan dan NGO di bawah Dasar Dadah Negara yang pertama bertempat di pejabat AADK Negeri Johor, di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Taman Setia Tropika, di sini.

Hadir sama, Pengarah AADK Negeri Johor, Azli Ubin.

-EM

Tinggalkan komen anda