Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Suri Rumah, Wanita Diberi Peluang Jana Pendapatan

By 8 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 8 Julai (Malaysiaaktif) – Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal telah menganjurkan Kursus lanjutan membuat kek kepada golongan wanita bertempat di C’Mart Nibong Tebal di sini kelmarin.

Kursus lanjutan yang diadakan selama sehari ini mendapat sambutan menggalakan daripada golongan wanita dengan penyertaan seramai 50 orang peserta yang terdiri dari pelbagai kaum melayu,Cina dan india.

Kursus ini dikendalikan oleh Chef Eyta dan Chef Man dari Pusat Latihan Kemahiran Belia dan Sukan, Peretak Selangor, kursus ini membimbing peserta membuat pelbagai jenis kek seperti kek lobak, kek buah, dan lain- lain lagi.

Menurut Suhaimi Mansor Pengawai Khas Ahli Parlimen Nibong Tebal, kursus yang dianjurkan secara percuma ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan wanita untuk menambahkan lagi Ilmu pengetahuan tentang pembuatan kek seterusnya menjana dan menambahkan pendapatan mereka.

“Di luar sana, kos sebenar jika ingin mengikuti kursus sebegini akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM300 untuk setiap seorang,”.”Selain sijil, peserta kursus juga akan mendapat ilmu dan manfaat yang boleh digunakan untuk membuka perniagaan secara berseorangan atau berkumpulan,” katanya lagi.

Turut hadir dan merasmikan program Ahli Parlimen Nibong Tebal, Dato’ Mansor Othman.

Tinggalkan komen anda