Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

150 Sertai Seminar “Peluang Usaha dan Niaga”

By 20 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Jeanne J Som/Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 150 peserta menyertai Seminar “Peluang Usaha dan Niaga” Perniagaan Kecil dan Sederhana bagi B40 anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah.

Nor Simah (kiri), Norzawiyah (tengah) dan Grace (kanan) semasa seminar berlangsung.

Nor Simah (kiri), Norzawiyah (tengah) dan Grace (kanan) semasa seminar berlangsung.

Pengarah JaPen Sabah, Norzawiyah Bulka berkata, seminar berkenaan dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada golongan B40 terutamanya yang berada di luar dan pinggir bandar mengenai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dalam membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

“Kemudahan yang disediakan terdiri dari pelbagai pendekatan selaras dengan keperluan peserta antaranya dengan menyediakan bantuan kewangan, bimbingan latihan dan kursus amali.

BERSALAMAN... Norzawiyah bersalaman dengan peserta yang menyertai Seminar "Peluang Usaha dan Niaga".

BERSALAMAN… Norzawiyah bersalaman dengan peserta yang menyertai Seminar “Peluang Usaha dan Niaga”.

“Peserta juga perlu mengambil tahu dan memberi perhatian terperinci agensi yang paling sesuai untuk mendapatkan bimbingan demi menjamin perkembangan dan kemajuan perniagaan.

“Rebutlah peluang yang disediakan dan selepas seminar ini bolehlah berhubung dengan jabatan atau agensi yang menyediakan peluang perniagaan.

Norzawiyah (kiri) semasa menyampaikan ucapan

Norzawiyah (kiri) semasa menyampaikan ucapan

“Saya juga menggalakkan para peserta terutamanya suri rumah untuk melibatkan diri dengan perniagaan online yang semakin meluas sekarang ini, kerana perniagaan ini tidak memerlukan kita untuk pergi jauh cukup sekadar di rumah dan yang penting mempunyai kemudahan seperti talian internet dan komputer,” ujarnya semasa merasmikan seminar berkenaan di Wisma Dang Bandang, pada Isnin.

Antara agensi kerajaan yang terlibat bagi menjayakan seminar berkenaan adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA), GiatMARA, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jabatan Pertanian, Korporasi Pembangunan Desa (KPD) dan Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan).

Grace (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Norzawiyah (kiri)

Grace (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Norzawiyah (kiri)

Hadir bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat Pusat, Nor Simah Selebes dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan DUN Api-Api, Grace Lee.

ER

Tinggalkan komen anda