Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Program Merdeka@Komuniti Japen Berupaya Tingkatkan Semangat Cintakan Negara

By 20 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norliza Yusof/ Nasrie Tapisil (Kota Kinabalu)

TAMPARULI, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Merdeka@Komuniti anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah sememangnya berupaya meningkatkan semangat cintakan negara kepada masyarakat diperingkat akar umbi.

Jeffry semasa menyampaikan ucapan pada program Merdeka@komuniti.

Jeffry semasa menyampaikan ucapan pada program Merdeka@komuniti.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.9 Tamparuli, Jeffry Teo berkata, penganjuran program berkenaan secara tidak langsung dapat menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan di daerah berkenaan.

“Program yang julung kali diadakan di sini bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Tuaran perlu dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan generasi muda serta masyarakat setempat dapat bersama-sama meraikan Hari Kebangsaan dan juga memahami erti kemerdekaan negara.

Artis PENTARAMA semasa menghiburkan pengunjung program berkenaan.

Artis PENTARAMA semasa menghiburkan pengunjung program berkenaan.

“Pada program ini, pelbagai aktiviti yang telah diatur sememangnya dapat meningkatkan dan menanam sifat patriotisme dalam diri mereka yang menyertai program ini.

“Terima kasih kepada pihak penganjur terutama JaPen Sabah kerana sudi mengadakan program seumpamanya di Pekan Tamparuli ini dan saya berharap program yang bermanfaat sebegini akan terus diadakan pada masa akan datang,”ucapnya semasa merasmikan Program Merdeka@Komuniti di tapak letak kereta Dewan Tun Hambali, pada Isnin.

Antara peserta pertandingan Bintang Malaysiaku.

Antara peserta pertandingan Bintang Malaysiaku.

Antara pengisian sepanjang program tersebut ialah persembahan artis PENTARAMA, tayangan layar bestari dan pertandingan Bintang Malaysiaku.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Tampaluri, Joseph Bangguan dan Pegawai Penerangan Daerah Tuaran, Malina Jamarin.

ER

Tinggalkan komen anda