Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Agensi Kerajaan, NGO Tempatan Meriahkan KMJG Sabah

By 22 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Asmidar Zainol / Shahvian Muhd Razali & Mastim Kiriman (Kota Kinabalu)

BELURAN, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Lebih 20 kenderaan dari pelbagai agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan memeriahkan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah 2019.

Sekitar Konvoi KMJG di Telupid.

Sekitar Konvoi KMJG di Telupid.

Ketua Konvoi KMJG, Razif Chek Hashim berkata tambahan lebih 20 kenderaan tersebut merupakan tanda sokongan masyarakat setempat kepada kehadiran konvoi KMJG menjadikan bilangan kenderaan konvoi hampir kepada 50 buah kenderaan.

“Bagi pihak konvoi kami amat teruja dan berbesar hati kerana disambut meriah oleh masyarakat Beluran hari ini.

Sekitar Konvoi KMJG di Beluran.

Sekitar Konvoi KMJG di Beluran.

“Sejak dua hari lepas, ini merupakan konvoi terbesar yang kami perolehi di sesebuah kawasan.

“Penglibatan masyarakat Beluran ini menunjukkan semangat cintakan negara dan tanah air melalui konvoi hari ini,” ujarnya.

Konvoi KMJG singgah di JPJ Beluran

Konvoi KMJG singgah di JPJ Beluran

Konvoi KMJG masuk tahun ke11 dianjurkan oleh JaPen melibatkan agensi-agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan turut mendapat sokongan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SESB Sdn Bhd.

Terdahulu KMJG singgah ke Telupid dan turut ke Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Beluran bagi menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan dan kempen kibar jalur gemilang.

ER

Tinggalkan komen anda