Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Amalan Pemanduan Berhemah Penentu Keselamatan di Jalan Raya

By 22 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Kota Setar)

ALOR SETAR, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Zamri Yusof, berharap agar pengguna jalan raya terus mempertingkatkan dan mengamalkan keselamatan terutamanya ketika dalam perjalanan pergi dan balik ke sekolah ataupun ke tempat kerja kerana risiko untuk berlakunya kemalangan jalan raya adalah tinggi.

“Amalan pemanduan kita yang akan menentukan tahap keselamatan kita untuk tiba ke destinasi dengan selamat.

“Menurut perangkaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada tahun 2017 kadar kematian kemalangan adalah sebanyak 6740 dan pada tahun lepas menurun kepada 6284 kes.

“Ini merupakan usaha pelbagai pihak yang telah membuahkan hasil kerana kadar akibat kematian jalan raya akhirnya menurun tahun demi tahun berdasarkan Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020,” katanya pada Majlis Pelancaran Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Negeri Kedah 2019, di sini semalam.

Seramai 500 pelajar sekolah rendah dan menengah telah menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan antaranya pertandingan sketsa, pertandingan sajak, pertandingan mewarna dan pertandingan melukis.

Turut hadir Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Kedah Marzuki Daud dan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kedah Chan Pei Hong.

-SH

Tinggalkan komen anda