Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Beca Percuma Curi Tumpuan Ramai

By 8 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Tg. Saipulah Tg. Mohamed (Kuala Nerus)

TELUK KETAPANG, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Walaupun peredaran zaman dan kepesatan pembangunan sistem pengangkutan kini semakin hebat, namun program menaiki beca secara percuma berjaya menarik tumpuan orang ramai yang mengunjungi Pantai Teluk Ketapang, baru-baru ini.

Aktiviti ini bertujuan mempromosikan perkhidmatan beca yang semakin dilupakan dan memberi  peluang kepada pengunjung untuk bersiar-siar sejauh 3 kilometer di samping menikmati keindahan pantai seisi keluarga.

Menurut salah seorang pengunjung, Ibrahim Waffa Ismail, 35, “Aktiviti ini memberi banyak manfaat kepada perkhidmatan beca di negeri ini  kerana ia mampu mempromosikan semula pengangkutan tradisional ini khususnya kepada golongan muda yang berkunjung di sini.” Menurutnya lagi, sambutan yang menggalakkan membuktikan golongan muda begitu berminat bersiar-siar dengan menggunakan perkhidmatan ini.

Kanak-kanak tidak melepaskan peluang bersiar-siar dengan beca

Kanak-kanak tidak melepaskan peluang bersiar-siar dengan beca

Seorang lagi pengunjung, Norliana Kassim, 40 berkata “Aktiviti ini memberi pengalaman berbeza kepadanya dan amat sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga jika diteruskan di sini.”

Menurutnya lagi, pengangkutan beca mempunyai potensi besar jika diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan selain dapat memacu sektor pelancongan negeri. “Kerajaan perlu merangka beberapa inisiatif  termasuk memberi tambah nilai kepada perkhidmatan beca sedia ada”, tambahnya lagi.

-II-

Tinggalkan komen anda