Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Semangat Merdeka Mampu Bentuk Jati Diri Unggul

By 8 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Suria bt Karim (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Bahang kemeriahan Sambutan Bulan Kebangsaan bertemakan Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih makin dirasai oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum terutamanya pelajar-pelajar sekolah.

Bagi menyemarakkan lagi rasa cinta ini kepada tanah air, Kelab Malaysiaku dibawah bimbingan guru penyelaras, Puan Malathi Sasidharan telah menganjurkan pelbagai acara menarik bagi menarik minat pelajarnya menterjemahkan semangat patriotisme ini.

Jika dilihat, sambutan kemerdekaan sering dikaitkan dengan pengibaran Jalur Gemilang, namun sejajar dengan kemajuan yang dicapai selepas merdeka, pelbagai acara baru mula diperkenalkan bagi menarik minat anak muda menggelorakan kehangatan kemerdekaan dengan pelbagai acara. Di antaranya adalah pertandingan melukis dan mewarna poster merdeka, pertandingan basikal berhias, pakaian tradisional, bintang patriotik, pertandingan swafoto merdeka dan Jalur Gemilang terpanjang.

Acara acara ini disusun lebih awal supaya setiap pelajar tidak terlepas peluang untuk mengambil bahagian. “Keamanan sesebuah Negara adalah bergantung pada usaha rakyatnya samada mahu kekalkan perpaduan atau tidak, sebab itu para pelajar harus menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek yang amat penting bagi mengetahui bagaimana pembentukan sesebuah Negara itu bermula,” ujar Pengetua SMK Methodist, Doktor Sivasanggar A/L Subramaniam.

Turut sama Pengetua SMK Methodis, Doktor Sivasanggar AL Subramaniam

Turut sama Pengetua SMK Methodist, Doktor Sivasanggar AL Subramaniam

Walaupun golongan pendidik berdepan dengan cabaran besar dalam membentuk sahsiah diri dan modal insan kelas pertama dalam kalangan anak muda, itu bukan halangan untuk menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam jiwa anak muda untuk menghargai keamanan yang diperjuangkan nenek moyang kita terdahulu dalam mendapatkan kemerdekaan Negara dari penjajah.

 

-II-

Tinggalkan komen anda