Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Curry Leaves – Gabungan Kepakaran Memasak, Merakam Foto

By 22 Ogos 2019Tiada komen4 minit bacaan

Laporan/foto:Fauzrina Bulka/Azman Jumat (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Minat dan kasih sayang yang dicurahkan dalam masakan, ditambah dengan ketelitian dan kesempurnaan menyiapkan hidangan, hingga terhasil sebuah karya indah hasil tangan isteri kesayangan Ketua Menteri, Datin Seri Shuryani Datuk Shuaib.

Masakan yang enak itu pula dirakam dengan cara bersahaja, dengan pencahayaan yang semula jadi oleh sahabat lama Shuryani iaitu juru foto terkenal Amri Ginang, membangkitkan rasa dan selera pada mata sesiapa sahaja yang memandang.

Satu ribu naskhah dikeluarkan untuk terbitan pertama Curry Leaves

Satu ribu naskhah dikeluarkan untuk terbitan pertama Curry Leaves

Amri yang ditemui pada Majlis Perasmian buku resipi bertajuk Curry Leaves hasil tulisan Shuryani akui merakam foto makanan mempunyai cabarannya yang tersendiri, lebih-lebih lagi Amri merupakan seorang juru foto komersil yang sering merakam foto untuk jenama-jenama terkenal antara bangsa.

“Sudah tentu pengalaman bekerja dengan Datin Seri sangat berbeza, kerana dia bukan seperti chef biasa, dia seorang kawan dan juga isteri kepada Ketua Menteri.

Helaian daun kari menyirami buku resipi simbolik pelancaran majlis berkenaan.

Helaian daun kari menyirami buku resipi simbolik pelancaran majlis berkenaan.

“Namun semuanya ini terhasil kerana minatnya kepada dunia masakan, dan saya berasa selesa kerana dia membenarkan saya merakam foto-foto tersebut mengikut kehendak dan kreativiti saya.

“Beliau tidak ingin campur tangan dalam fotografi, maka dengan gabungan kepakaran kami, iaitu memasak dan merakam gambar, maka terhasil lah buku ini,”ujar Amri.

Demonstrasi masakan Kari Kepala Ikan oleh Shuryani

Demonstrasi masakan Kari Kepala Ikan oleh Shuryani

Kata Amri, dia dan Shuryani telah berkawan sejak kecil, dan Shuryani yang dikenalinya memang gemar memasak, malahan lauk kegemarannya ialah Kari Kepala Ikan.

“Apabila Datin Seri masak untuk keluarga dan kawan-kawan, mereka akan tanya beliau bila mahu kongsi resipi?.

Bila sudah ramai yang bertanyakan resipi, Datin Seri kata, mengapa tidak dia keluarkan sebuah buku resepi.

Amri bangga dapat membantu teman lamanya dalam penghasilan Curry Leaves.

Amri bangga dapat membantu teman lamanya dalam penghasilan Curry Leaves.

“Apabila dia utarakan cadangan itu, maka saya memberinya pendapat untuk membuat sebuah buku yang ringkas manakala fotonya pula tidak perlu begitu menonjol hingga perlu dirakam di dalam studio dan jika anda lihat foto-foto yang ada di dalam buku itu semuanya saya ambil secara terus ketika dia sedang memasak.

“Apa yang lebih menarik, Datin Seri lebih suka melakukan semuanya sendiri bermula daripada mencari bahan mentah di pasar hingga memotong bawang kerana beliau sangat cerewet dalam pemilihan dan penyediaan bahan dan dia juga mengutamakan kesempurnaan dalam masakan,”jelas Amri.

Curry Leaves kebanggaan Shuryani diterbitkan oleh Yayasan Insaniah.

Curry Leaves kebanggaan Shuryani diterbitkan oleh Yayasan Insaniah.

 

Menurut Amri juga, proses menyiapkan buku tersebut sebenarnya hanya mengambil tempoh enam bulan sahaja, tetapi ditangguhkan pelancarannya ke tarikh yang sesuai walaupun segala-galanya sudah selesai disiapkan dua tahun yang lalu.

“Ini kerana keseluruhan proses sangat ringkas, dan Datin Seri akan panggil saya setiap kali beliau ingin masak dan saya akan terus mengambil gambar-gambar itu dan itu jualah keunikan pada buku ini, kerana dirakam tanpa penggunaan studio.

Curry Leaves kebanggaan Shuryani diterbitkan oleh Yayasan Insaniah.

Curry Leaves kebanggaan Shuryani diterbitkan oleh Yayasan Insaniah.

“Saya merakamkannya tanpa perancangan sama sekali, tiada penetapan cahaya seperti kebiasaannya dan saya hanya ikut kata hati sahaja, apa yang saya lihat menarik saya terus rakamkan tanpa perlu memeriahkan lagi foto tersebut, saya kekalkan ia secara semula jadi, “terangnya.

Amri turut berkongsi pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan apabila dirinya terjatuh telentang ketika sesi merakam foto.

Antara resipi berserta foto menarik yang ada di dalam Curry Leaves.

Antara resipi berserta foto menarik yang ada di dalam Curry Leaves.

“Ketika itu kami seramai tiga orang dalam keadaan kelam kabut di dapur untuk menyiapkan empat jenis menu.

“Saya turut membantu Datin Seri memasak apabila saya terpelecok lantas terjatuh kerana tidak menyedari keadaan lantai yang licin.

Antara resipi berserta foto menarik yang ada di dalam Curry Leaves.

Antara resipi berserta foto menarik yang ada di dalam Curry Leaves.

“Namun mujur tiada kecederaan yang serius berlaku dan walaupun begitu kami teruskan juga memasak dan merakam gambar dan pada saya itu antara pengalaman yang istimewa,” ujarnya ceria.

Amri juga turut berharap agar pembaca faham bahawa buku resipi ini bukanlah buku yang berkonsepkan komersil.

Antara resipi berserta foto menarik yang ada di dalam Curry Leaves.

Antara resipi berserta foto menarik yang ada di dalam Curry Leaves.

“Buku ini bersifat peribadi, dan ia dapat menjelaskan mengenai keperibadian dan minat Datin Seri pada masakan ditambah lagi semua resipi juga ialah pilihannya sendiri dan hasil masakan ialah air tangannya juga.

“Ia bermaksud bahawa Datin Seri bukanlah ingin mengkomersialkan resipi-resipi yang popular, kerana ada juga antaranya tidak popular tetapi merupakan kegemarannya, jadi beliau ketengahkan.

Antara resipi berserta foto menarik yang ada di dalam Curry Leaves.

Antara resipi berserta foto menarik yang ada di dalam Curry Leaves.

“Justeru saya hanya mengharapkan pengertian daripada pembaca serta memahami keringkasan cara Datin Seri menghasilkan masakan itu serta kasih sayang yang sebenarnya ingin ditonjolkan dalam masakan Melayu,” kata Amri.

Buku resipi bertajuk Curry Leaves hasil tulisan Shuryani dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew di salah sebuah hotel terkemuka, pada Selasa dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai tanda kasih dan sokongan kepada isteri tersayang.

ER

Tinggalkan komen anda