Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Dasar Pembangunan Negeri Galakkan Penggunaan Teknologi

By 4 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhayani Hashim (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri mempergiatkan usaha bagi memajukan sektor dengan menggalakkan penggunaan teknologi yang dikenalpasti memberi pulangan ekonomi yang menguntungkan dan hasil yang berlipat ganda.

Menurut Menteri Besar Mukhriz Mahathir,
kerajaan negeri menggalakkan pengadaptasian sains dan teknologi sebagai alat untuk pembangunan ekonomi dalam menggiatkan pembangunan sektor perindustrian agar lebih canggih, dinamik dan berdaya saing dengan negeri dan negara lain.

“Program seperti ini penting sebagai usaha berterusan kerajaan dalam menggalakkan ilmu sains dan teknologi dipelajari dengan lebih meluas dalam kalangan anak muda hari ini,” katanya semasa berucap merasmikan Minggu Sains Negara, di sini hari ini.

Tambah Mukhriz, sangat penting sains dan teknologi disepadukan dengan sains sosial dalam membincangkan isu berkaitan teknologi dan kesannya terhadap kelestarian alam sekitar dan masyarakat.

Turut hadir Timbalan Menteri Tenaga, Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis serta Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Negeri Kedah Simon Ooi Tze Min.

-SH

Tinggalkan komen anda