Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Erat Perpaduan Demi Keamanan

By 25 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Alihanafiah Mohd Khairy/ Arul Perumal (Hutan Melintang)

SIMPANG EMPAT, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Perpaduan penduduk berbilang kaum dimanifestasikan dengan penganjuran Karnival Sukan Rakyat sempena Program Merdeka@Komuniti Hutan Melintang, di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat, di sini pagi tadi.

Menurut Pengerusi Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Hutan Melintang, Ganesan Awarajoo, para peserta yang terlibat adalah daripada kalangan ahli KHM dan ibu bapa serta pelajar SK Simpang Empat.

“Apa yang membanggakan, penyertaan program ini amat menggalakkan daripada penduduk sekitar yang terdiri daripada masyarakat India dan Melayu,” ujar Ganesan yang juga Ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Penduduk berbilang kaum dan daripada pelbagai peringkat umur bersama-sama menjayakan Karnival Sukan Rakyat Merdeka@Komuniti Hutan Melintang, di sini.

Penduduk berbilang kaum dan daripada pelbagai peringkat umur bersama-sama menjayakan Karnival Sukan Rakyat Merdeka@Komuniti Hutan Melintang, di sini.

Pegawai Penerangan Daerah Hilir Perak/Bagan Datuk Juhannis Idris, turut menzahirkan rasa bangga dengan penganjuran karnival yang mengetengahkan imej perpaduan penduduk berbilang kaum terutamanya dalam menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62 pada tahun ini.

“Saya menyeru kepada warga setempat agar tidak melayan golongan yang cuba mencetuskan provokasi yang hanya akan membawa kepada pergeseran antara kaum,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah Bagan Datuk Muhammad Amin Safie, mengingatkan agar orang ramai sama-sama menzahirkan kesyukuran atas kemerdekaan negara dengan menjaga keamanan dan perpaduan antara kaum.

“Saya yakin dan percaya bahawa penduduk Hutan Melintang telah sekian lama akan terus mengekalkan perpaduan sesama kita.

“Malah, program-program seperti inilah yang akan mengeratkan hubungan antara penduduk di daerah yang aman ini,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda