Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

KKJG Pahang

By 25 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Che Nor I (Raub) 

RAUB, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Semakin hampir tanggal 31 Ogos semakin terasa bahang kemeriahan serta kesyukuran rakyat Malaysia untuk menyambut Hari Kebangsaan.IMG-20190825-WA0085

Pelbagai aktiviti diadakan untuk menerap nilai-nilai patriotisme dalam masyarakat dan juga untuk menzahirkan rasa sayang kepada negara dalam diri generasi muda pada ketika ini.

Kempen Kibar Jalur Gemilang (KKJG) Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung di Dataran Raub Pahang, amat meriah dengan kehadiran masyarakat dan diselitkan juga pelbagai aktiviti menarik.

Hampir 1000 pengunjung membanjiri Dataran Raub dan mengikuti program pertandingan senam seni seawal pagi.IMG-20190825-WA0087

Turut memeriahkan KKJG adalah persembahan artis terkenal tanah air iaitu Arif Bahran, Syura dan persembahan artis PENTARAMA Jabatan Penerangan Malaysia menarik lebih ramai lagi pengunjung selain penglibatan pelbagai pempamer daripada jabatan dan agensi.

KKJG 2019 anjuran Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Pahang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selain daripada pertandingan senam seni ada juga dianjurkan pertandingan Beyblade, pertandingan memasak bubur durian, pertandingan mewarna kategori kanak-kanak dan gerai jualan disediakan bagi pengunjung.

Menurut penggiat Senam Seni Raub, Mahani Mansor, 58 yang lebih dikenali dengan nama Kak Nii Senam Seni, “masyarakat perlu menghayati erti kemerdekaan dan penat jerih pemimpin dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan daripada pihak British. Kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana masih mengekalkan lagi perpaduan dan keharmonian dengan semua kaum menjunjung prinsip rukun negara.”

Masyarakat diseru untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan tatacara yang betul bagi menzahirkan rasa cinta dan sayang pada negara.

-KN

Tinggalkan komen anda