Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Jadikan Perbezaan Sebagai Inspirasi Kemajuan

By 9 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/Volintine Jiloh(Kota Kinabalu)

RANAU, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Perbezaan dalam kalangan masyarakat perlu dijadikan sebagai inspirasi kemajuan dan bukan untuk memecah belah perpaduan.

Shafie ketika berucap.

Shafie ketika berucap.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perbezaan tidak seharusnya menjadi modal kepada rakyat untuk tidak bersatu padu.

“Perbezaan ini harus dijadikan penunjuk arah dalam kita mencapai kejayaan sekali gus menjadikan jurang kemajuan semakin rapat.

Shafie bersalaman dengan pelajar yang hadir memeriahkan pelancaran bulan kebangsaan selepas sekolah.

Shafie bersalaman dengan pelajar yang hadir memeriahkan pelancaran bulan kebangsaan selepas sekolah.

“Apabila kita lihat sebuah bangsa berjaya, cari nilai yang boleh membangkitkan kita bersama-sama unggul dan bukannya berusaha untuk menjatuhkan,” katanya dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2019 di Padang Pekan Ranau, pada Jumaat.

Shafie turut mengajak rakyat agar terus memupuk dan menghayati kemerdekaan untuk generasi masa kini dan akan datang.

Sekitar pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di hadapan Padang Pekan Ranau.

Sekitar pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di hadapan Padang Pekan Ranau.

“Menerapkan nilai patriotik bukan pada sambutan sahaja, tetapi pada amalan harian kita semua ini kerana kemerdekaan yang kita rasakan pada hari ini belum tentu dapat dinikmati generasi akan datang sekiranya mereka tidak mengekalkan perpaduan yang dibina selama ini.

“Selaku rakyat Malaysia, sudah tiba masa kita amalkan adab hormat-menghormati dan terapkan dalam jiwa anak bangsa,” katanya lagi.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Syed Abbas Syed Ali (kiri), Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony (dua dari kiri), Shafie (tengah), Pegawai Daerah Ranau, Mohd Yassin Ibrahim (tiga dari kanan) dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (dua dari kanan) menyaksikan persembahan Pentarama dari JaPen Sabah.

Terdahulu, Shafie melancarkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah yang akan berkonvoi ke seluruh Sabah dan berakhir di Kota Kinabalu pada 31 Ogos nanti.

Lebih 1,000 orang penduduk hadir memeriahkan majlis pelancaran tersebut dan menerima sayur percuma sebagai simbolik mempromosikan sayur-sayuran sempena Tahun Melawat Ranau.

ER

Tinggalkan komen anda