Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomePutrajaya

KMJG19: Jangan Lupa Ibu, Ayah dan Guru Kalau Ingin Berjaya

By 6 Ogos 2019Ogos 15th, 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah/Nizam Zanil (Putrajaya)

KULAI, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2019 meneruskan perjalanan di negeri ini dengan singgah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kelapa Sawit dalam perjalanan merentasi 6,200 kilometer membawa misi menggelorakan semangat cintakan negara melalui kibaran Jalur Gemilang.

Pelbagai acara diatur sempena sambutan kali ini, namun yang mencuri tumpuan adalah sesi perkongsian daripada Ikon Permotoran J17, Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet.

Menurut Mazlan, pelajar seharusnya memanfaatkan zaman persekolahan dengan sebaiknya dan jangan melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh merugikan diri sendiri.

Lan Pet Pet mengajak pelajar berikrar untuk mengutamakan ibu-ayah dan guru sebagai azimat untuk berjaya.

Lan Pet Pet mengajak pelajar berikrar untuk mengutamakan ibu-ayah dan guru sebagai azimat untuk berjaya.

“Setiap hari apabila bangun daripada tidur set semula diri kita kepada kosong, dengan ini kita akan sentiasa merendah diri dan dapat memahami apa yang diajar dengan mudah.

“Apabila kita berada di paras kosong, maka tidak akan wujud situasi pelajar melawan guru kerana sentiasa sedar bahawa banyak kekurangan yang ada dalam diri,” kata penghibur berusia 50 tahun ini.

Mazlan turut berkongsikan pengalaman hidupnya yang berjaya menempatkan dan mengekalkan diri dalam industri adalah dengan menghormati dan terus berbudi kepada ibu, ayah serta guru-gurunya.

Pasukan konvoi KMJG'19 turut dianggotai peserta daripada ahli kelab J17 dengan 30 buah motosikal.

Pasukan konvoi KMJG’19 turut dianggotai peserta daripada ahli kelab J17 dengan 30 buah motosikal.

“Kita tiada apa-apa tanpa mereka kerana merekalah punca setiap kejayaan kita. Pada ibu yang mengandung dan melahirkan, pada ayah yang bersusah-payah mencari rezeki dan kepada guru yang mendidik kita, mereka ini wajar menjadi keutamaan dalam apa juga yang kita lakukan.

“Mengutamakan dan mengingati setiap pesanan mereka merupakan kunci untuk mengecapi kejayaan baik dalam pelajaran mahupun kehidupan,” katanya lagi.

Perjalanan konvoi diteruskan seterusnya ke Simpang Renggam dan Tangkak sebelum berakhir di Segamat dengan jarak perjalanan 230 kilometer.

-SH

Tinggalkan komen anda