Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Program Merdeka@Komuniti: Usaha Menggelorakan Semangat Patriotisme

By 6 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Salina Hasan @ Abd Rashid/Nur Fariza Farnoh  (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Malaysia telah menjayakan Program Merdeka@Komuniti dalam usaha meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat setempat.

Penyampaian Jalur Gemilang kepada Pengerusi MPKK Parlimen Alor Gajah.

Penyampaian Jalur Gemilang kepada Pengerusi MPKK Parlimen Alor Gajah.

Menurut Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia, Hashim Bedu program Merdeka@Komuniti merupakan aktiviti kemerdekaan di peringkat negeri dan daerah dengan pelbagai pengisian yang melibatkan masyarakat setempat.

“Antara pengisian yang dilaksanakan ialah Kembara Merdeka Jalur Gemilang, edaran Jalur Gemilang, ziarah kasih, buskers dan berbagai lagi yang sesuai mengikut keadaan dan tempat program,” ujar beliau.

Dalam ucapan perasmian, Pegawai Daerah Alor Gajah, Rahizi Ranom, berkata, orang ramai bersyukur dengan kemerdekaan yang dicapai pada tahun ke-62 ini.

“Bukan senang hendak merdeka tetapi mengekalkan merdeka juga bukan perkara yang mudah. Ia memerlukan kerjasama semua pihak tanpa mengira fahaman agama, kaum dan bangsa. Kita rakyat Malaysia, maka bersatu padulah demi keamanan Negara,” kata Rahizi.

Seramai 150 orang telah menghadiri Program Merdeka@Komuniti Daerah Alor Gajah yang bertempat di Masjid Ar-Rasyidin termasuk pelajar Tahfiz Al-Quran Ar-Rasyidin, Pengerusi MPKK Parlimen Alor Gajah dan pemimpin setempat. Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka Mohd Rizal Hashim dan Penolong Pengarah PKPM Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Nurhasnani Abdul Wahab.

-KN

Tinggalkan komen anda