Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanPutrajaya

Konvoi Kembara Merdeka Pulau Pinang Bermula Hari Ini

By 8 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Ihsan Bernama

PUTRAJAYA, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 peringkat negeri Pulau Pinang sempena sambutan Bulan Kebangsaan dilancarkan hari ini untuk mengelilingi seluruh pelusuk Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Penerangan negeri Sabri Said berkata konvoi yang dijalankan selama dua hari itu bermula di daerah Seberang Perai Utara, sebelum bergerak ke daerah-daerah Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, barat daya, dan timur laut.

“Jabatan Penerangan bersama agensi-agensi lain di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan berkonvoi selama dua hari bagi menyebarkan mesej untuk menyemarakkan dan menggelorakan sambutan bulan kebangsaan dan kibar Jalur Gemilang.

“Konvoi ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan rakyat mengibarkan Jalur Gemilang tetapi bagi mereka menzahirkan rasa kesyukuran dan patriotisme ke atas 62 tahun kemerdekaan yang dikecapi,” katanya kepada pemberita di Pusat Banjir Lubuk Meriam di sini.

Konvoi itu dilepaskan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Zakiyuddin Abdul Rahman di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Kailan pagi ini sebelum berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Paya Keladi dan ke Pusat Banjir Lubuk Meriam.

Tambah Sabri, konvoi itu bakal mengunjungi 13 lokasi seperti sekolah, pejabat kerajaan negeri, pasar serta tempat-tempat tumpuan awam. Pihaknya menyasarkan program itu disertai oleh 4,000 orang awam dan pelajar sekolah sepanjang konvoi berjalan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda