Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kenali Ubat Anda, Anda Selamat

By 22 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 22 Ogos 2019 (Malaysiaaktif) – Pejabat Kesihatan Daerah Rembau telah mengadakan kempen ‘Kenali Ubat Anda’ di Masjid Kariah Chembong, di sini baru-baru ini bagi memberi pendedahan dan penekanan kepada masyarakat akan kepentingan pengambilan ubat-ubatan secara berkhemah dan betul.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Rembau Dr. Hasmah Johari, program ini memberi pendedahan kepada masyarakat akan ilmu pengetahuan dalam penggunaan ubat terutamanya bagi ibu mengandung, ibu yang menyusu anak dan juga kanak-kanak.

“Masyarakat di Rembau harus memastikan ubat-ubatan yang diambil adalah ubat yang sesuai untuk sakit yang mereka hadapi.

“Mereka juga disarankan untuk segera menjalani ujian saringan Peka B40 seperti yang diuar-uarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia agar sebarang penyakit dapat dikenal pasti di peringkat awal,” ujar beliau ketika ditemui dalam program tersebut.

WhatsApp Image 2019-08-21 at 15.33.25 (1)

Majlis pelantikan Duta Ubat Anda.

Antara aktiviti yang dijalankan bersempena kempen ini adalah ceramah ‘Kenali Ubat Anda’, pameran kesihatan dan juga pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Dalam pada itu, Zainuddin Yahya, 60 yang merupakan bekas pegawai di Pejabat Kesihatan telah dilantik sebagai Duta Ubat Anda.

“Saya amat berbesar hati akan pelantikan ini dan akan berusaha dalam membantu memberikan nasihat dan tunjuk ajar mengenai ubat kepada masyarakat setempat,” kata beliau selepas majlis pelantikan tersebut.

Majlis pelancaran program tersebut telah disempurnakan oleh Penyelaras DUN Chembong, Haji Azizan Marzuki, dan turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan kerajaan dan masyarakat setempat.

-AK

Tinggalkan komen anda