Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan

By 22 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution/Mohd Khairulnizam Mohd. Yunus (Seremban)

SEREMBAN, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Memahami dan menghayati kepentingan bahasa di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi harus diberikan perhatian serius supaya peranannya sebagai alat penjana perpaduan dapat direalisasikan.

Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon, berkata tidak dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang ke arah sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.

“Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan tidak dapat disangkal kerana bahasa ini merupakan bahasa yang paling mudah difahami oleh semua peringkat umur.

WhatsApp Image 2019-08-21 at 15.51.24

Nicole ketika menyampaikan amanat.

“Penyatupaduan rakyat melalui Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dapat diwujudkan melalui penerapan nilai-nilai murni seperti dalam matlamat pendidikan kebangsaan, iaitu pembentukan masyarakat yang bersatu padu,” katanya ketika berucap semasa majlis pelepasan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Seremban 2019 di sini baru-baru ini.

Menurut Nicole lagi, perkongsian bahasa dalam dasar pendidikan negara telah mewujudkan satu usaha dalam membentuk perpaduan dalam kalangan generasi muda untuk saling memahami antara satu sama lain.

“Bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah menjadi medium yang dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum.

“Perpaduan yang dibentuk seawal sekolah rendah akan membawa kepada perpaduan yang utuh apabila pelajar memasuki pusat-pusat pengajian tinggi, sekaligus mengukuhkan semangat saling berharmoni antara pelajar yang berbilang kaum dan bangsa,” tambahnya.

-AK

Tinggalkan komen anda