Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Ketibaan Konvoi KMJG 2019 Disambut Meriah Di Simpang Renggam

By 6 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Abassalimi Mohamad/Norsaedah Haron (Kluang)

KLUANG, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Daerah Kluang merupakan lokasi kedua persinggahan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2019 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.

Ketibaan para peserta konvoi disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota Muhamad Said Jonit di perkarangan Pejabat Parlimen Simpang Renggam.

Kemeriahan sambutan jelas dilihat apabila orang ramai hadir mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bersemangat manakala persembahan pencak silat oleh Kumpulan Silat Gerak Kilas Simpang Renggam turut mengiringi ketibaan konvoi KMJG 2019.

Kehadiran Konvoi KMJG 2019 disambut dengan persembahan pencak silat oleh Kumpulan Silat Gerak Kilas Simpang Renggam.

Kehadiran Konvoi KMJG 2019 disambut dengan persembahan pencak silat oleh Kumpulan Silat Gerak Kilas Simpang Renggam.

Muhamad Said Jonit ketika menyampaikan ucapan perasmian berkata konvoi KMJG ini membawa mesej yang amat bermakna sambil mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang bagi menzahirkan rasa cinta dan kasih pada negara sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2019.

“Kerajaan hari ini memutuskan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019 iaitu “Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih” yang mana diharap dapat memupuk semangat cintakan negara seterusnya membentuk perpaduan bagi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat,“ katanya lagi.

Penyerahan Jalur Gemilang turut disampaikan kepada wakil-wakil Jabatan dan Komuniti Harapan Malaysia Daerah Kluang.

Penyerahan Jalur Gemilang turut disampaikan kepada wakil-wakil Jabatan dan Komuniti Harapan Malaysia Daerah Kluang.

Beliau juga turut menyeru agar semua lapisan masyarakat menanam perasaan bangga dan sayang terhadap negara yang tercinta dengan cara mengibarkan Jalur Gemilang yang indah ini.

Acara sambutan bagi KMJG 2019 di peringkat daerah Kluang turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak oleh seorang guru yang berbakat dari SK Seri Lalang, Nor Faiza Borhan dan persembahan Tarian Zapin oleh Kumpulan Zapin June Ladies dari Pertubuhan NGO Blitung.

Flag Off Konvoi KMJG'19 oleh ADUN Mahkota Muhamad Said Jonit.

Flag Off Konvoi KMJG 2019 telah disempurnakan oleh ADUN Mahkota Muhamad Said Jonit.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Jalur Gemilang kepada wakil-wakil jabatan dan Komuniti Harapan Malaysia Daerah Kluang, serta sambutan oleh 20 buah motor retro dari Kelab Motosikal Retro Simpang Renggam yang turut mengiringi konvoi semasa sesi pelepasan.

Konvoi KMJG 2019 menyaksikan 17 buah pacuan empat roda dan 30 buah motor berkuasa tinggi dari Kelab Permotoran J17 meneruskan perjalanan ke Rumah Limas Pekan Kundang Ulu, Bukit Serampang, Tangkak untuk acara pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Johor yang akan disempurnakan oleh Menteri Besar Johor petang ini.

-NI-

Tinggalkan komen anda