Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomePutrajaya

KMJG19: Sambung Semangat Patriotik Pejuang Terdahulu

By 6 Ogos 2019Ogos 15th, 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah/Nizam Zanil (Putrajaya)

TANGKAK, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Mengambil kisah sejarah yang berlaku di Bukit Kepong sebelum kemerdekaan negara, Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2019 menyambung semangat patriotik pejuang terdahulu sebagai simbol keramat Jalur Gemilang.

Ikon akademik Kelab Permotoran J17 Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman, berkata Jalur Gemilang bukan sekadar selembar kain namun lambang maruah sebuah negara bernama Malaysia.

Ekhwan ketika berucap sempena majlis, di sini.

Ekhwan ketika berucap sempena majlis, di sini.

“Mesej yang cuba kami sampaikan dalam kembara ini adalah bagaimana sebenarnya kita hendak menyedarkan masyarakat dan generasi masa kini tentang erti sebenar penjajahan.

“Penjajahan bukan sahaja dalam bentuk fizikal, tetapi juga bagaimana kita hendak mengubah minda ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Konvoi Merdeka Jalur Gemilang, di Pekan Kundang Ulu, di sini hari ini.

Menurut Ekhwan, untuk menjayakan misi dalam menggelorakan semangat mengibarkan Jalur Gemilang ini, ia memerlukan pengorbanan.

Sahruddin beramah mesra dengan aktivis Jalur Gemilang Jabatan Penerangan yang turut sama dalam KMJG19 ini.

Sahruddin beramah mesra dengan aktivis Jalur Gemilang Jabatan Penerangan yang turut sama dalam KMJG19 ini.

“Ramai dalam kalangan peserta konvoi ini terpaksa meninggalkan ahli keluarga semata-mata untuk bersama-sama Jabatan Penerangan dan Malaysia untuk menyemarakkan bulan kebangsaan ini dan itulah perjuangan sebenar yang kita bawa.

“Jalur Gemilang ini kita bawa untuk tunjukkan kepada masyarakat betapa pentingnya untuk kita mengibarkannya dan bagaimana dengannya kita pastikan bahawa agenda ini dapat disalurkan kepada generasi akan datang untuk memahami erti kemerdekaan sebenar,” katanya lagi.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Dr. Sahruddin Jamal, Ketua Konvoi Shahnon Mohamad dari Jabatan Penerangan dan Penaung Kelab Permotoran J17 Tunku Datuk Hassan Tunku Mohammed Archibald.

Konvoi KMJG19 akan meneruskan perjalanan ke Negeri Pahang pada keesokkan harinya dengan menempuh perjalanan sejauh 219 kilometer ke Politeknik Muadzam Shah Muadzam, Universiti DRB- HICOM Pekan dan ke UTC Kuantan.

-SH

Tinggalkan komen anda