
Laporan/foto : Nurul Azreen/ Khairun Nadiah/ Nizam Zanil (Putrajaya)
PUCHONG PERMAI, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Pengarah Bahagian Perkhidamatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat merangkap Ketua konvoi, Hashim Bedu, menyeru orang ramai agar mengibarkan Jalur Gemilang bagi menggelorakan lagi semangat patriotisme dalam diri rakyat Malaysia bersempena dengan bulan kemerdekaan ini.
āKMJG adalah salah satu aktiviti jabatan Penerangan Malaysia bagi menyemarakkan kibaran Jalur Gemilang dalam kalangan rakyat Malaysia bersempena sambutan hari kabangsaan.ā
āSemangat cintakan negara diterjemah melalui tema Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih yang digunakan pada sambutan tahun ini,ā tambahnya.
Konvoi hari ini telah membuat edaran Jalur GemilangĀ kepada orang awam di sekitar tapak pasar malam Puchong Permai.
Serahan Jalur Gemilang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud, Pengarah Bahagian Perkhidamatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakt merangkap Ketua konvoi, Hashim Bedu dan Penaung Kelab Permotoran J17 Tunku Datoā Hassan Ibni Tunku Mohammed Archibald.
Menurut salah seorang peniaga, Siti Mariam Malik berkata dengan pemberian Jalur Gemilang ini ia menaikkan lagi semangat untuk menyambut hari kebangsaan yang bakal tiba tidak lama lagi.
āPerasaan saya bila melihat Jalur gemilang berkibar megah di premis- premis perniagaan, bangunan- bangunan kerajaan mahupun di kereta membuatkan saya berasa bangga menjadi anak Malaysia.ā
āJalur Gemilang seharusnya di sayangi dan dihormati kerana ia adalah simbol kebanggaan negara kita.,ā ujarnya.
Menurut Adli Kasim, program sebegini harus diteruskan kerana ia dapat Ā meningkatkan semangatĀ patriotisme dan sekaligus menanamkan rasa cintakan negara.
Suasana di tapak bazar bertambah ceria apabila Ikon Kelab Permotoran J17, Mazlan Ahmad atau dikenali sebagai Lan Pet pet membuat penampilan istimewa di tapak bazar.
Edaran Jalur Gemilang telah berlangsung selama lebih kurang 2 jam bermula dari pukul 5 petang sehingga 7 malam. Orang ramai dilihat gembira dan teruja menerima Jalur Gemilang dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama peserta konvoi dan motor Gold Wing yang tersusun cantik dalam barisan di perkarangan tapak bazar.