Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Politeknik Merlimau Terima Pelajar Antarabangsa

By 25 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Rozer Masudin (Merlimau)

MERLIMAU, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Inisiatif Unit Pengantarabangsaan Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) dalam memastikan PMM turut sama terlibat dalam program 4th Batch of SEA TVET Student Exchange Programme Under The SEAMEO Polytechnic Network In Southeast Asia harus diberikan pujian dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar.

Menurut Pengarah Politeknik Merlimau Rosli Hamid, program peringkat antarabangsa sama ada dalam bentuk pertukaran pelajar, aktiviti sukan, lawatan belajar dan sebagainya telahpun bermula sejak 2014 lagi sehingga kini bagi memberi pendedahan kepada warga PMM.

“Bersempena dengan program ini, PMM menerima tiga pelajar dari Politeknik Bali, Indonesia yang akan melalui latihan industri mereka selama empat minggu sehingga 15 September nanti, dan berharap agar ketiga-tiga pelajar ini dapat mempelajari sesuatu untuk dibawa balik ke sana nanti.

Tiga penuntut Politeknik Bali Indonesia (berpakaian putih) yang terlibat dalam program pertukaran pelajar PMM, di sini.

Tiga penuntut Politeknik Bali Indonesia (berpakaian putih) yang terlibat dalam program pertukaran pelajar PMM, di sini.

“Melalui program ini juga, kami telah menghantar lima pelajar PMM ke Politeknik Negeri Bali dan Politeknik Negeri Sriwijaya, Palembang, bagi tujuan sama iaitu menjalani latihan industri selama empat minggu,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Unit Pengantarabangsaan PMM Simmathiri Appalanaidu, berkata ini merupakan peluang yang amat bermanfaat kepada PMM dan warganya.

“Saya melihat peluang yang tersedia seperti ini harus digunakan sepenuhnya dan disebabkan itu, semua pegawai-pegawai daripada Unit Pengantarabangsaan bertungkus lumus bagi merealisasikan program ini berjalan lancar,” katanya.

Tiga pelajar tersebut akan terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti Program Eksplorasi Budaya Politeknik Malaysia 3.0, Program Kepimpinan Bersama Young Ambassador Club (YAC) dan pelbagai aktiviti lain.

-SH

Tinggalkan komen anda