Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPutrajaya

KMJG19: Pelihara Perpaduan dan Keamanan

Laporan/ foto: Khairun Nadiah/ Nurul Azreen/ Nizam Zanil (Putrajaya) 

PUCHONG, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr. Siti Mariah binti Mahmud telah menyempurnakan program [email protected] peringkat Parlimen Puchong serta pelancaran Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG19) peringkat negeri Selangor di Taman Apartment Puchong Permata 1.

Tempat tersebut adalah hentian terakhir bagi hari ke-15 konvoi KMJG19 dan sambutan konvoi KMJG19 meriah dengan kehadiran orang ramai yang teruja menyaksikan barisan kenderaan.

Dr. Siti Mariah ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Dr. Siti Mariah ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Dr. Siti Mariah sempat berpesan kepada warga muda agar menghayati sejarah perjuangan negara dan sentiasa bersyukur dengan jasa yang telah disumbangkan oleh para pemimpin.

“Semua rakyat negara ini sepatutnya berusaha untuk meneruskan perjuangan pemimpin-pemimpin yang terdahulu bagi memastikan kemerdekaan yang telah dicapai selama ini dapat diisi dengan sebaik mungkin supaya rakyat sentiasa bersatu-padu.

“Generasi hari ini dan akan datang perlu memelihara perpaduan dan keamanan yang sedia ada bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara,” ujar Siti Masitah dalam ucapan perasmiannya.

Menurut seorang warga emas, Zamilah binti Samiun, 65, kehadiran konvoi ke kawasannya itu semestinya memberi kelainan dalam sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

“Orang berumur seperti saya sentiasa terharu setiap kali menyambut Hari Kebangsaan namun kali ini ada sedikit kelainan kerana cucu-cucu saya yang masih kecil juga berasa seronok untuk menyambut Hari Kebangsaan apabila menyaksikan kehadiran konvoi KMJG19.

“Mereka yang masih kecil mungkin tidak berapa faham erti kemerdekaan tetapi saya rasa penting jug untuk mereka merasai keseronokan ini agar mereka tahu tingginya nilai kemerdekaan,” kata Zamilah.

KMJG19 akan meneruskan perjalanan pada hari ke-16 ke Titiwangsa, Segambut dan Seputeh, merangkumi jarak 93km.

Antara kehadiran orang ramai.

Antara kehadiran orang ramai.

-KN

Tinggalkan komen anda