Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPutrajaya

KMJG19: Edaran Jalur Gemilang Bangkit Keterujaan

By 25 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Nurul Azreen/ Khairun Nadiah/ Nizam Zanil (Putrajaya)

PUCHONG PERMAI, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Pengarah Bahagian Perkhidamatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat merangkap Ketua konvoi, Hashim Bedu, menyeru orang ramai agar mengibarkan Jalur Gemilang bagi menggelorakan lagi semangat patriotisme dalam diri rakyat Malaysia bersempena dengan bulan kemerdekaan ini.

“KMJG adalah salah satu aktiviti jabatan Penerangan Malaysia bagi menyemarakkan kibaran Jalur Gemilang dalam kalangan rakyat Malaysia bersempena sambutan hari kabangsaan.”

“Semangat cintakan negara diterjemah melalui tema Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih yang digunakan pada sambutan tahun ini,” tambahnya.

Tunku Dato’ Hassan Ibni Tunku Mohammed Archibald menyerahkan Jalur Gemilang Kepada Orang awam.

Tunku Dato’ Hassan Ibni Tunku Mohammed Archibald menyerahkan Jalur Gemilang Kepada Orang awam.

Konvoi hari ini telah membuat edaran Jalur Gemilang  kepada orang awam di sekitar tapak pasar malam Puchong Permai.

Serahan Jalur Gemilang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud, Pengarah Bahagian Perkhidamatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakt merangkap Ketua konvoi, Hashim Bedu dan Penaung Kelab Permotoran J17 Tunku Dato’ Hassan Ibni Tunku Mohammed Archibald.

Jalur Gemilang di edarkan kepada orang awam

Jalur Gemilang di edarkan kepada orang awam

Menurut salah seorang peniaga, Siti Mariam Malik berkata dengan pemberian Jalur Gemilang ini ia menaikkan lagi semangat untuk menyambut hari kebangsaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Perasaan saya bila melihat Jalur gemilang berkibar megah di premis- premis perniagaan, bangunan- bangunan kerajaan mahupun di kereta membuatkan saya berasa bangga menjadi anak Malaysia.”

“Jalur Gemilang seharusnya di sayangi dan dihormati kerana ia adalah simbol kebanggaan negara kita.,” ujarnya.

Menurut Adli Kasim, program sebegini harus diteruskan kerana ia dapat  meningkatkan semangat  patriotisme dan sekaligus menanamkan rasa cintakan negara.

Suasana di tapak bazar bertambah ceria apabila Ikon Kelab Permotoran J17, Mazlan Ahmad atau dikenali sebagai Lan Pet pet membuat penampilan istimewa di tapak bazar.

Mazlan Ahmad membuat persembahan di tengah-tengah tapak bazar.

Mazlan Ahmad membuat persembahan di tengah-tengah tapak bazar.

Edaran Jalur Gemilang telah berlangsung selama lebih kurang 2 jam bermula dari pukul 5 petang sehingga 7 malam. Orang ramai dilihat gembira dan teruja menerima Jalur Gemilang dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama peserta konvoi dan motor Gold Wing yang tersusun cantik dalam barisan di perkarangan tapak bazar.

Tinggalkan komen anda