Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePutrajaya

KMJG19: Hajat Lihat dan Lalu ‘Drawbridge’ Tercapai  

By 15 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Edi Rizam / Syarul Aziz , Nizam Zanil (Putrajaya)

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 (KMJG19) manaruh hasrat besar untuk melihat sendiri dengan mata kasar keindahan jambatan ikonik ‘Drawbridge’ atau dikenali sebagai Jambatan Angkat yang menjadi mercu tanda baharu Negeri Terengganu Darul Iman.

Sejak semalam peserta konvoi mula bercakap-cakap mengenai jambatan tersebut setibanya di negeri ini, rata-rata ingin mengabadikan gambar kenangan disana, Keterujaan para peserta tertunai hari ini bila dibawa melawat serta melalui jambatan tersebut.

Konvoi melalui Jambatan Angkat menuju ke Kuala Nerus

Konvoi melalui Jambatan Angkat menuju ke Kuala Nerus

Kehadiran rombongan konvoi dengan deruman enjin motosikal berkuasa tinggi serta bunyi hon kenderaan pacuan empat roada di Pasar Payang sebelum melalui jambatan angkat telah mendatangkan curiga orang ramai yang sedang berbelanja, namun sejurus melihat para peserta konvoi melemparkan senyuman serta lambaian Jalur Gemilang mereka juga tersenyum dan membalas dengan lambaian keriangan.

Saufi teruja merakam gambar swafoto berlatarbelakangkan Drawbridge

Saufi teruja merakam gambar swafoto berlatarbelakangkan Drawbridge

Berkongsi keterujaan ini Salah seorang peserta konvoi KMJG19 Mohd Saufi Omar, yang kali pertama menyertai konvoi ini menzahirkan keterujaan beliau bila berpeluang bergambar dengan ‘Drawbridge’. “ini merupkan kali pertama saya menyertai konvoi KMJG19 dan bila sampai ke negeri ini niat saya memang ingin berswafoto dengan jambatan ‘viral’ yang hangat diperkatakan  baru-baru ini, gembira sangat akhirnya dapat juga bergambar dengan jambatan tersebut” ujar beliau yang kali terakhir melawat negeri ini 16 tahun lepas.

Antara kenderaan pacuan empat roda yang menyertai konvi KMJG19

Antara kenderaan pacuan empat roda yang menyertai konvi KMJG19

Seterusnya konvoi juga berpeluang melalui jambatan sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter dari aras laut yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus melalui muara Sungai Terengganu memberikan pemandangan yang sukar diungkap dengan kata-kata dan memberi pengalaman terindah kepada para peserta.

Konvoi hari ini meneruskan pejelajahan ke negeri Cik Siti Wan Kembang untuk mempelawa orang ramai mengelorakan sambutan Bulan Kebangsaan serta meningkatkan semangat patriotik dalam diri.

Esok konvoi akan menjelajah sejauh 298 Kilometer akan singgah di RTC Kota Bahru dan  Bukit Bunga Jeli sebelum ke Negeri Perak.

Tinggalkan komen anda