Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Selamat Tinggal Siaran TV Analog

By 16 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Parameswary Lekshmnan/Edawati Sulaiman

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JaPen WPKL) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menggerakkan skuad Info On Wheels JaPen WPKL bagi membuat hebahan berhubung penamatan siaran tv analog.

Mulai 19 Ogos ini seluruh ibu kota Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal mengucapkan selamat tinggal kepada siaran tv analog yang telah setia menemani waktu harian rakyat Malaysia sejak 1963 bermula dari evolusi siaran hitam putih ke warna-warni, dari televisyen kotak hinggalah ke ‘flat screen’.

Kini tibalah giliran masyarakat di sini untuk menikmati siaran tv digital myFreeview yang mana kualiti siaran dan bunyi yang lebih baik secara percuma mulai Isnin depan.

Pegawai Jabatan Penerangan bersama pegawai SKMM sedang memberi penjelasan mengenai peralihan siaran tv analog ke siaran tv digital.

Pegawai Jabatan Penerangan bersama pegawai SKMM sedang memberi penjelasan mengenai peralihan siaran tv analog ke siaran tv digital.

Bukan hanya setakat di Kuala Lumpur sahaja malah siaran tv ‘free-to-air’ ini akan dapat dinikmati secara berperingkat di seluruh Malaysia menjelang akhir September nanti.

Jabatan Penerangan hari ini telah memulakan misinya, menyampaikan serta memperjelaskan secara bersemuka di peringkat akar umbi mengenai analog shutdown dan peralihan ke siaran tv digital yang bakal dihadapi dalam tiga hari lagi.

Tinjauan Malaysiaaktif ketika hebahan Info On Wheels mendapati masih terdapat segelintir warga kota yang tidak memahami sepenuhnya mengenai pelaksanaan peralihan siaran tv digital dan juga mengenai edaran dekoder myFreeview secara percuma kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berkelayakan.

Kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai khususnya golongan B40 seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Awam (PA), pasar pagi dan medan selera menjadi pilihan utama skuad Info On Wheels memainkan hebahan makluman unit bergerak dan edaran risalah di sepanjang laluan.

1e6e2098-7ca9-4c9c-b846-a04223b99026

Penduduk diberi penerangan mengenai peralihan siaran tv analog ke siaran tv digital.

Menurut Ismail Shaari, 56, pengenalan siaran myFreeview ini merupakan satu usaha murni Kerajaan terutamanya kepada golongan B40 sebab dapat menikmati siaran tv digital yang lebih jelas dan berkualiti tanpa sebarang bayaran langganan.

Bagi Jamal Parman, 53, yang ditemui di PPR Sungai Bonus pula berpendapat, “Ini merupakan satu usaha yang baik daripada Kerajaan di mana kita hanya perlu mengeluarkan modal untuk membeli dekoder sahaja dan dapat menikmati siaran tv digital secara percuma.”

Peralihan daripada tujuh (7) saluran analog kepada 15 saluran digital ini juga merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dalam merapatkan jurang digital dengan kebolehcapaian maklumat yang sama kepada semua lapisan masyarakat di bandar mahu pun di kawasan pedalaman.

Peralihan siaran tv analog merupakan pilihan negara ASEAN seperti Brunei dan Singapura yang telah menamatkan siarannya masing-masing pada 31 Dis 2017 dan 1 Jan 2019 dan kini Malaysia merupakan negara ASEAN ketiga yang mentransformasikan dunia penyiarannya.

 

-AO

Tinggalkan komen anda